Dah lama tak buat pisang kukus. Semalam beli pisang sekotak/setandan. So minggu ni menu pisang la.
Bahan-bahan
1 sikat pisang
2 sudu gula
2 sudu tepung gandum
3 - 4 biji telur (lagi banyak telur lagi sedap)
Air
Cara-caranya
Potong pisang dan susun dalam bekas.
Campurkan telur, gula, tepung dan air. Jadikan jumlah semua kira-kira 600ml.
Bergantung pada bekas juga la. Sebenarnya campuran tu sepatutnya menenggelamkan semua pisang tu.
Kukus selama 15 -20 minit
Sedap di makan pada bila-bila masa.
Sejuk atau panas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment