Sunday, November 8, 2009

Tempahan Kaya Pandan

Mak buat kaya pandan tempahan dari rakan dari Sheffield. Terima kasih Kak Ayu. Harap-harapnya sedap la. Yang mak boleh jamin, kaya ni kalau letak kat atas meja je insyaAllah boleh tahan 1-2 minggu. Kalau letak dalam peti sejuk boleh tahan 1-2 bulan. Kalo letak dalam freezer boleh tahan 1 tahun. Tapi kalau anak-anak ramai atau tetamu ramai mungkin boleh tahan 1 hari je kut.

Kali ni mak masak guna teknik double boil. Nampaknya tekstur yang terhasil lebih baik daripada yang pernah mak buat dulu.




No comments: