Malam ni Bonfire Night di England. Sejarah Bonfire Night ni boleh search kat internet je. Maleh nak cerita. Dipendekkan cerita, malam ni diorang main bunga api/mercun. Bunga api/mercun ni dijual di pasaraya seperti Tesco, Asda dll. Harganya boleh tahan juga berpuluh pound. Kami ada beli gak. Irfan nak tapi mak beli yang paling murah je yang 1 pound & 35 pence. Tu bunga api yang pegang kat tangan je. Tah bila nak main pun tak tau. Simpan raya haji kut.
Tapi Bonfire Night di Durham 2009 ni hujan le pulak. Di Town ada di adakan cam festival la. Maleh rasa nak pegi. Sejuk & hujan & Iffah & Izzah tidur la pulak. So tengok yang mana ada org main dekat2 rumah je la. Disebabkan hujan so mercun/bunga api diorang tu tak brapa kembang la. Basah kena hujan.
Mak ada la ambik gambar sikit. Tu pun dari jauh. Nak pegi dekat, hujan lebat la juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment