Saturday, January 22, 2011

Kuih gelang

Mak buat kuih gelang hari ni.  Dapat beli keledek sekotak £1.50 je.  Last week dah buat karipap dan pengat.  Jadi hari ni buat kuih gelang la.  Semuanya berasas kan keledek.  Kuih gelang ni lebih dikenali sebagai kuih keria.  Apa-apa pun mak lebih suka panggil kuih gelang walaupun tak cukup besar untuk buat gelang.  Cara buatnya senang je.

1. Kukus keledek hingga lembut
2. Lenyekkan dan campur tepung gandum secukupnya.  Jangan banyak sangat nanti keras.
3. Campur sikit garam.
4. Bentukkan bulat dan buat lubang tengah.  Boleh juga guna acu donat.
5.  Goreng dan sirakan dengan gula.

Selepas digoreng

Selepas di sira gula

Letak coklat pun boleh

Sedappppp !!!!!!

1 comment:

anon suria said...

ada resepi baru..makan kuih gelang ngan coklat. mesti sodap. akak ni rajinlah buat kuih...