Sebagai penutup resepi pisang, setelah menghabiskan pisang sekotak. Mak buat tepek pisang.
Caranya:
Lenyekkan pisang + tepung + garam + gula sikit (buat macam bancuhan cekodok pisang)
Tepekkan atas kuali panas. Boleh pakai kuali non-stick atau letakkan sikit minyak pada kuali.
Taburkan dessicated coconut yang telah dicampur sedikit garam. Lebih sedap letak kelapa parut.
Lipatkan dua.
Dah masak, potong dan boleh le di makan.
No comments:
Post a Comment