Friday, January 21, 2011

Cita-cita tak nak

Maksud tajuk di atas ialah kerjaya yang anda tidak mahu.  Tapi dah tak mahu, sepatutnya tak de la panggil cita-cita.  Apa-apa je la.  Tapi saya nak bagitau tentang cita-cita.

Cita-cita yang nak
Masa sekolah rendah dari Darjah 1 lagi, ini antara soalan yang ditanya oleh cikgu yang saya tak suka nak jawap.  "Apa cita-cita?" Ngapa la nak tanya. 'tak suka', 'tak suka'.  Tapi biasanya, apa yang di depan mata la yang kita nampak.  Jawapan rasmi mestila nak jadi CIKGU.  Setiap tahun pun sama je jawapannya walaupun dalam hati tak de la teringin nak jadi cikgu.  Bila dah besar sikit, dah Darjah 4.  Baru terbuka sikit mata.  Masa tu cikgu tanya apa cita-cita.  Jawapannya... dengan bangga jawap nak jadi AHLI ASTRONOMI.  Wahhhh.... memang kena gelak satu kelas.  Macam pelik je cita-cita.  Itulah jawapan aku sehingga Darjah 6.  Masuk tingkatan 1 dan seterusnya, tak ada siapa tanya apa cita-cita bila besar nanti.  Jadi tak perlu la pening kepala nak fikir.  Akhir sekali, saya tak ada cita-cita yang saya nak.  Fikir-fikir balik, baru terasa, bagus juga soalan cikgu sekolah rendah tu.  Paling kurang mesti kita akan fikir untuk jadi apa pada suatu hari nanti.  TAPI... yang saya rasa kelakar sikit.  Saya ada cita-cita yang saya TAK NAK.

Cita-cita yang tak nak
Yang pertama, saya tak nak jadi engineer.  Sebab, saya tak suka subjek Add Maths & Fizik.  Tak suka subjek yang kena kira-kira.  Kedua, saya tak mau jadi cikgu/pensyarah dan yang seangkatan dengannya.  Saya memang tak pandai nak bercakap dikhalayak ramai dan tak pandai nak buat ayat bila depan orang.
TETAPI..... kedua-dua cita-cita yang saya tak nak tu la yang saya jadi.  Kisah benar.  Saya jadi ENGINEER.  Masih teringin lagi 'business card' untuk saya yang saya terima.  "Jurutera", "Substation Automation System Project".  Saya tertawa je dalam hati.  Berpijak di bumi nyatakan aku ?????   
'Alang-alang dah ambil kursus engineering, biarlah merasa jadi engineer.  Dapat tengok jawatan jurutera tertulis pada business card pun jadila.  Bangga sekejap mak ayah di kampung.  Anak kome keje enginer'.  Itu kata-kata saya kepada pelajar saya setelah saya bergelar pensyarah.   'PENSYARAH' !!!! ni cita-cita ke 2 yang saya tak mahu.  Tapi akhirnya saya jadi pensyarah.   
Saya berkahwin dengan engineer yang akhirnya bertukar kerjaya sebagai pensyarah.  Kerjaya dapat pahala banyak kata mak saya.  Menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 
Pengajarannya: Perkara yang kita tak suka, adakalanya adalah baik/sesuai untuk kita.  

Sesuai ke saya sebagai pensyarah ?????? Masih belum mendapat penyesuaian lagi selagi perjuangan belum selesai....


No comments: