Tuesday, June 2, 2009

Deposit semikonduktur & penebat

Hari ni buat spin coating pulak. Ramai orang lak hari ni. Tapi semuanya tak pernah guna equipment ni. Just ada sorang tu je yang pernah guna tapi dah lama dah la. Kali ni 1 kali je keluar masuk clean room. Tu pun sebab nak ON suis kat luar. Yang mana satu suisnya, I pun tak pasti. Main ON je sebab tengok semua suis dah ON kecuali yang tu je. Ngapa la diorang ni tak reti label. Main tau-tau sendiri je. Nasib baik betul. Kawasan tempat suis2 tu menakutkan je. Sebab ada pelbagi bunyi (bunyi pump dll) dan juga pelbagai kabel yang berselerat.

Lama gak baru I start guna equipment ni. Dok tekan2 setting. Dah ON equipment tapi masih tak jumpa camne nak ON kan vacumm nya. Jenuh la juga belek merata. At last minta yang researcher yang ada kat lab tu tengokkan. I ni dah la penakut nak try ON benda yang tak pasti. Dia la yang dok cuba kan 'try an error' mana2 suis yang ON kan vacumm. At last jumpa la. Lega.

I letak glass yang kosong je dulu. Nak try spin. Spin & 'pop', glass tu pecah berderai. Nasib baik la I tak letak sample I yang sebenarnya. Kalo tak nangis la. Then I keluarkan 1 'ring' getah kat tempat yang pegang glass tu sebab RA yang ajar I dulu buat pun pecah gak. Spinning laju. Getah tu tercabut. Ni la hasilnya. I spin coat P3HT sebagai semikonduktor dan PMMA sebagai insulator nya.


Spin coating equipment


Letak P3HT


Lepas spin coat P3HT, letak atas hot plate setgh jam sebelum letak PMMA


Hasilnya

No comments: