Thursday, June 18, 2009
Suami & Bunga
Bunga dari suami ku sempena...... ada offer bunga murah kat Asda... hahaha.....
Sejak 9 tahun mengenali suami ku. Inilah kali pertama aku dapat bunga hidup. Masa baru kenal dulu pernah la dapat bunga tapi bunga maya je sebabnya kami jumpa pun kat dunia maya. So dapat bunga maya je la. Sekarang ni dunia realiti... Kena bunga yang real la...
Bunga ni sering dikaitkan dengan romantik. Yer ker??? Suami ku bukan tak romantik... cuma malu-malu je... hahaha...lagi.... Sebenarnya dah banyak kali dia nak belikan aku bunga masa kat Malaysia dulu tapi aku yang sound awal-awal kata tak yah la. Bukannya pe... bunga kat Malaysia tu mahal la. Kalo kat Cameron ok sikit. Aku kata daripada dia belikan aku bunga, lebih baik belanja aku makan. Lagi berfaedah. Tu pasal la aku tak dapat bunga masa kat Malaysia dulu.
Kat UK ni, bunga tak la murah sangat tetapi selalu gak ada offer. Lagipun Ahad lepas aku dapat freecycle vase dari Kak Sham. Vase dah ada, so kena la isi bunga. Kawan-kawan kat UK ni kata bunga kat sini tahan lama. Boleh sampai sebulan pun masih ok.
So dapat la aku bunga dari suami tercinta.... Terima Kasih yer Bang...
Aku letak vase tu tinggi sikit, maklumlah... ramai anak-anak yang comel ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment