Saturday, June 13, 2009

Pau



Pagi ni breakfast PAU.

Resepinya:
2.5 cawan tepung gandum (diayak)
1.5 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
170 ml air suam
2 sudu kecil (7g) yis kering
2.5 sudu besar gula
2.5 sudu besar lemak sayur/mentega
baking paper (sebagai pelapik-potong bulat)
Inti kaya pandan & coklat

Caranya :
Campur kan air, yis dan gula. Kacau hingga gula larut. Biar 5 minit
Dalam bekas lain, campur tepung, garam, baking powder.
Masukkan campuran yis ke dalam campuran tepung dan uli.
Campurkan lemak sayur/mentega dan uli lagi.
Tutup dengan plastik dan biar adunan naik (Mak jemur tepi tingkap. hehe)



Selepas 30 minit


Kemudian tumbuk dengan tangan adunan tadi supaya keluar angin nya.
Uli semula dan bulatkan jadi adunan yang kecil-kecil. Biarkan 10 minit.


Canaikan dan isi intinya.
Tandakan dengan pewarna. Mana yang kaya dan coklat.
Biarkan 15 minit supaya naik lagi


Letak atas baking paper


Kukus selama 15 minit.
Sebaiknya bungkus penutup kukus tu dengan kain supaya air tak jatuh. Tapi mak tak bungkus pun.


Yei !!!!! dah masak...... boleh makan



3 comments:

ummi n hubby said...

Adoi akak, sedapnyeeee....

zarina said...

Lain kali kalo akak buat lagi, akak hantar rumah. Tu cubaan pertama. Dpt 12 biji je. Nanti akak buat byk sikit.

Nur said...

Ummi n hubby,

serious sedap, saya dapat makan separuh pau, lazat sungguh...hehehhehe...kak zarina, kalau nak buat demo, jangan lupa panggil saya, kul 7 pon saya leh bangunnnnnnnnnnnnnnn...hahahahahha