Thursday, April 23, 2009

Seashell bread

Hari ni breakfast 'seashell bread'. Ni I yang bagi nama sendiri. Ni gambar-gambar masa operasi. Roti ni, I bawa untuk juadah hidangan selepas mengangkat barang Dr Cikgu Talib.

Bahan-bahan
:

(A)
320g tepung roti
80g tepung gandum
50g gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu tepung (I guna susu Iffah)
1 sudu besar yis segera (I guna 1 pek yg 6g)

(B)
210ml air
2 kuning telur

(C)
35g mentega

(D)
Jem strawberri + rasberi
kismis


Cara-caranya :

1. Campur bahan (A) dan tambah bahan (B) hingga jadi doh
2. Campur bahan (C) dan terus menguli.
3. Masuk dalam bekas & tutup kain. Biar 1 jam @ hingga doh naik.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan gelek setiap bahagian kepada bentuk segiempat tepat.
5. Sapukan jem dan gulung.
6. Potong kepada beberapa bahagian dengan pisau/pemotong
7. Biarkan 30minit @ hingga doh naik
8. Sapukan telur di atasnya.
9. Bakar dalam oven pada suhu 175 selama 25 - 30 minutes.
10.Makan la









1 comment:

zarina said...

Thanks Niza sebab komen dan mencuba. Akak tertinggal 1 lg tepung. Dah edit, ni yang dah dibetulkan.