Sunday, April 19, 2009

Barang dapur 1

.

Penerangan gambar dari kiri:

Ni sirap yang kami beli disini. Sirap ni dah siap ada gula. So kalau bancuh tak yah letak gula. Sirap ni di buat di Singapura. Harga 1.65 pound. Beli kat Tesco je.

Bekas biru tu pulak Asam Jawa (Tamarind). Ni versi tak de biji macam yang adabi (kt Malaysia). Tapi warnanya hitam dan agak pekat. Macam kuah rojak je. Harga 1.09 pound. Ni pun kat Tesco.

Chaokoh ni coconut milk (santan kelapa). Kami beli kat Kedai WingHong, Newcastle. Beli sekotak (2 dozen). Dapat murah sikit. Biasanya setin dalam 69 pence.

Yang merah ni tentulah tin sardin. Kat sini tak macam Malaysia. Tak banyak choice sardin. Ni kira yang murah. Ada gak brand lain tapi mahal. Dah la tin kecik je. Mahal lak tu. Yang ni harga 67 pence. Yang ni beli kat Tesco. Ikannya dari laut Pasifik. kalau beli kat Asda, brand yang sama dan warna dan bentuk tin yang sama tapi ikannya dari laut Anlantik. harga samanya. mana-mana pun sama je.

Yang last sekali tu susu pekat manis. Mahal kat sini. Tu harga 1.25 pound. dah la tin kecik je. Tapi susunya lain. Kalau bancuh air letak susu ni kami letak sikit je then letak gula sikit. Sebabnya kalau letak banyak macam kat M'sia dulu. rasanya akan rasa susu je sebab kandungan susu nya sangat tinggi berbanding dengan gula. Kat M'sia nya banyak gula je.

No comments: