Friday, April 10, 2009

Easter




Hari ni UK cuti. Good Friday. Esok Sabtu then Ahad hari Easter. Isnin pulak cuti Bank holiday. Masa ni banyak la jual coklat-coklat bentuk telur. I tanya kawan satu makmal. Camne celebrate Easter. Dia kata makan se family. Tanya la pulak kat supervisor, apa dia buat masa Easter ni. Dia kata dia kemas rumah barang-barang masa winter hari tu. Confius lak I, easter ni. Tapi yang pasti mostly semua kedai tutup termasuklah hypermarket cam Tesco dll.

Check kat internet. Good Friday ni adalah sempena memperingati Jesus di salib. Tiada sebarang sambutan secara tradisional pun. Ahad tu pulak adalah Easter Sunday sempena memperingati Jesus dihidupkan semula. Biasanya ada la juga family yang buat family meal dan bagi telur. Telur tu kira lambang kelahiran la. Orang dulu memang guna telur betul dan dihias cantik-cantik. tapi sekarang guna chocolate egg. Lebih selamat (daripada pecah) dan lebih sedap dimakan. Isnin pulak cuti Bank holiday. Orang bank nak cuti. Semalam dah banyak makan telur kut. hehehe....

Kira sambutan tu, ikut suka masing-masing la.

Kami lak dok kat rumah je. Cuaca pun mendung dan hujan. Memang malas je nak keluar. Study pun rasa malas je.... Oppsss.... jangan lupa. Rabu ni kena hantar report kat supervisor. Oh.... tidak......

No comments: