Ini kali ke 2 kami ke York. Kali pertama sempat ke Railway Museum dan Designer outlet saja. Kali ini kami menjelajah tempat lain pulak. Sebenarnya masih belum pun dapat cover semuanya. Tak pe. Nanti boleh pergi lagi. Kami ke York Minister, Castle, Garden dll.
Sunday, October 30, 2011
Sunday, October 23, 2011
Kembara Scotland – Hari 2
Dari rumah Niza kami ke rumah Siti untuk makan lagi. Biasanya bila jumpa kawan-kawan mesti la makan. Agenda utama musim sejuk ni.
Saturday, October 22, 2011
Kembara Scotland – Hari 1
Ini kali ke 2 kami ke Scotland. Kali pertama 2 tahun lepas. Sebenarnya Mak kurang sihat hari ini. Sakit tekak, telinga dan kepala. Jalan punya pasal. Digagahkan juga la.
Destinasi pertama adalah ke Edinburgh. Kami singgah banyak tempat untuk bergambar.
Di Edinburgh, kami tak jalan-jalan sangat. Mengejar masa untuk ke destinasi seterusnya, Falkirk. Tempat yang mak teringin nak pergi. Kami sampai lewat. Sempat berada di sana dalam setgh jam je. Tempat tu nak tutup dah. Tak dapat nak bot. Lain kali rasa cam nak pergi lagi je.
Dari Falkirk, kami ke Glasgow. Singgah solat di rumah Linda dan seterusnya makan malam di rumah Yan. Yan & Linda adalah rakan sekolah mak dulu yang dah 20 tahun tak jumpa. Sekarang Yan dah ada 5 anak, Linda 4 anak dan Mak 3 anak. Malamnya Mak sekeluarga tidur di rumah Niza.
Friday, October 21, 2011
Keseorangan di Clean Room
Makmal ni dipanggil Clean Room @ bilik bersih. Betapa bersih bilik ni terpulang pada cleanernye…. Aku le tu. Tak lah… sebenarnya Clean Room ni ada banyak Class (kelas)nya. Lagi kecik no kelas tu maka lagi bersih la bilik tu. Class 1000, 100, 10, 1. Makmal yang ini hanya kelas 1000. Maknanya lebih kurang ada kira-kira kurang dari 1000 zarah-zarah kotoran berada di makmal ini. Ada la indicator yang menentukannya. Kita tengok gambar je la.
Ni kawasan tempat bancuhan bahan di lakukan. Ada untuk bahan organik dan bancuhan yang menggunakan asid Hidroklorik. Kawasan ni kami panggil yellow lab. Sebabnya yang hujung tu dipasang dengan lampu kuning. Ini untuk ujikaji kepada bahan yang sensitif cahaya putih dll. Hujung sekali tu ada peralatan untuk buat photolitografi yang harganya berpuluh-puluh ribu £.
Ini pula dipanggil White lab. Banyak peralatan ujian berada di sini. Semuanya mahal-mahal belaka. Dua abahagian di makmal ini le yang kami kena vakum dan mop secara bergilir setiap minggu bagi menjamin kebersihannya. Bukan semua orang boleh masuk ke makmal ini. Hanya yang bertauliah sahaja..
Ini uniform masuk Clean Room. Semua putih. Baju plastik dan kasut getah. Sarung kaki pun kena pakai. Kalo tengok kat tag baju tu ada tulis Made in Malaysia.
Ini bahan polimer yang dibancuh. P3HT + Chlorofom dan PMMA + Anisole(Tinner). Nak bancuh tu kena la sukat dulu adunannya.
Dah bancuh, biarkan atas pengacau selama 3 hari sebelum boleh digunakan. Dalam tu dimasukkan bola magnet yang bertindak sebagai pengacau.
Sunday, October 9, 2011
Tetamu dan menjadi tetamu
Hari ini 2 orang pelajar baru Master datang menziarahi kami. Zikri & Rinzal.
Kemudiannya kami pula menjadi tetapi kepada pelajar baru Rizlan & keluarga.
Inilah budaya kehidupan di Durham. Acara utama adalah jemputan makan. Tapi sejak Mak dah masuk 3rd year, sudah kurang menjemput orang. Siapa yang nak datang memang dilayan. Tapi nak menjemput kekadang tu agak kurang dapat dibuat. Kepenatan rasanya.
Wednesday, October 5, 2011
Wadik @ ikan pekasam (versi UK)
Tetiba je rasa teringin nak cuba buat. Tak pernah cuba buat pun. Bersembang fb dengan rakan sekampung (Elly) mengenai masakan Banjar. Dia tanya selain murtabak banjar, wadai kiping, tak buat ke wadik? Mak pun tak tau apa itu wadik. Rupanya ikan pekasam. Orang Banjar panggil wadik.
Ok. Mari buat wadik versi UK. Sorry le, kat sini tak de ikan sepat dan garam kasar cam kat Malaysia. Jadi gunakan le apa yang ada. Mula-mula nak cuba guna ikan Salmon. Nampak cam kaya je…. Tapi bila fikir lak takut tak menjadi, terus cancel la. Nangis le pulak karang sebab guna ikan mahal. So guna ikan murah je.
Resepi wadik (versi UK)
3 ekor ikan whiting (dipotong 4 bahagian)
6 keping asam keping (dikerat pendek)
1 sudu asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)
3 genggam beras
1 cawan ‘Rock Salt’
Cara-cara membuatnya
1) beras basuh dan kemudian digoreng tanpa minyak sehingga warna kecoklatan (jangan sampai hangus)
2) tumbuk beras (tak perlu halus sangat) dan sejukkan beras
3) kemudian campur beras dengan bahan-bahan lain dalam beg plastik
4) Letakkan atas meja 3 hari dan kemudiannya dalam peti sejuk selama 1 –2 minggu
5) Bolehlah dimasak
Cara memasak
1) Goreng ikan dengan minyak dan angkat bila dah masak
2) Goreng bawang & cili kering hingga garing
3) Gaulkan dengan ikan dan perah limau nipis
Sedap di makan dengan nasi putih yang panassss……………………