Mentari memancar-mancar. UK mengalami cuaca panas di musim luruh pada minggu ini. Di Newcastle, kawan kata hingga 35’C. Durham rasanya dalam 30’C je kut. Tapi panas boleh tahan le jugak.
Mentari yang bersinar, mengembangkan bunga matahari mak yang tak cukup baja. Tengok bunga matahari di sekolah Iffah, lebih besar dari muka mak. Walau apa pun kembang le jugak.
Pokok tomato pula dah hampir ke penghujungnya. Banyak daun dah mula kekuningan.
Mmmmm. Rasanya masa untuk menanam tulip pula tapi tiada tanah & tiada bekas…
No comments:
Post a Comment