Wednesday, October 5, 2011

Wadik @ ikan pekasam (versi UK)

 

Tetiba je rasa teringin nak cuba buat.  Tak pernah cuba buat pun.  Bersembang fb dengan rakan sekampung (Elly) mengenai masakan Banjar.  Dia tanya selain murtabak banjar, wadai kiping, tak buat ke wadik?  Mak pun tak tau apa itu wadik.  Rupanya ikan pekasam.  Orang Banjar panggil wadik. 

Ok.  Mari buat wadik versi UK.  Sorry le, kat sini tak de ikan sepat dan garam kasar cam kat Malaysia.  Jadi gunakan le apa yang ada.  Mula-mula nak cuba guna ikan Salmon.  Nampak cam kaya je….  Tapi bila fikir lak takut tak menjadi, terus cancel la.  Nangis le pulak karang sebab guna ikan mahal.  So guna ikan murah je.

Resepi wadik (versi UK)

3 ekor ikan whiting (dipotong 4 bahagian)

6 keping asam keping (dikerat pendek)

1 sudu asam jawa (bancuh dengan 1/2 cawan air)

3 genggam beras

1 cawan ‘Rock Salt’

 

Cara-cara membuatnya

1) beras basuh dan kemudian digoreng tanpa minyak sehingga warna kecoklatan (jangan sampai hangus)

2) tumbuk beras (tak perlu halus sangat) dan sejukkan beras

3) kemudian campur beras dengan bahan-bahan lain dalam beg plastik

4) Letakkan atas meja 3 hari dan kemudiannya dalam peti sejuk selama 1 –2 minggu

5) Bolehlah dimasak

 

Cara memasak

1) Goreng ikan dengan minyak dan angkat bila dah masak

2) Goreng bawang & cili kering hingga garing

3) Gaulkan dengan ikan dan perah limau nipis

Sedap di makan dengan nasi putih yang panassss……………………

 

DSC_0223DSC_0233DSC_0234

3 comments:

anon suria said...

lamanyer tak mkn pekasam.....nak buat tapi malas. kalo lah berjiran ngan kak zarina..kan best..;p

zarina said...

Tak pe.. boleh makan kat Msia je. Kalo jadi jiran, mmg sure dah hantar ke rumah.

HUSNA said...

aik..saya jiran akak, tapi x sampai pun pekasam..merajuklah!