Friday, October 21, 2011

Keseorangan di Clean Room

 

Makmal ni dipanggil Clean Room @ bilik bersih.  Betapa bersih bilik ni terpulang pada cleanernye….  Aku le tu.   Tak lah… sebenarnya Clean Room ni ada banyak Class (kelas)nya.   Lagi kecik no kelas tu maka lagi bersih la bilik tu.  Class 1000, 100, 10, 1.  Makmal yang ini hanya kelas 1000. Maknanya lebih kurang ada kira-kira kurang dari 1000 zarah-zarah kotoran berada di makmal ini.   Ada la indicator yang menentukannya.  Kita tengok gambar je la.

P1160926

Ni kawasan tempat bancuhan bahan di lakukan.  Ada untuk bahan organik dan bancuhan yang menggunakan asid Hidroklorik.   Kawasan ni kami panggil yellow lab.  Sebabnya yang hujung tu dipasang dengan lampu kuning.  Ini untuk ujikaji kepada bahan yang sensitif cahaya putih dll.  Hujung sekali tu ada peralatan untuk buat photolitografi yang harganya berpuluh-puluh ribu £.

 

P1160927

Ini pula dipanggil White lab.  Banyak peralatan ujian berada di sini.  Semuanya mahal-mahal belaka.  Dua abahagian di makmal ini le yang kami kena vakum dan mop secara bergilir setiap minggu bagi menjamin kebersihannya.  Bukan semua orang boleh masuk ke makmal ini.  Hanya yang bertauliah sahaja..

DSC_0258

Ini uniform masuk Clean Room.  Semua putih.  Baju plastik dan kasut getah.  Sarung kaki pun kena pakai.  Kalo tengok kat tag baju tu ada tulis Made in Malaysia.

 

P1160925P1160928

Ini bahan polimer yang dibancuh.  P3HT + Chlorofom dan PMMA + Anisole(Tinner).  Nak bancuh tu kena la sukat dulu adunannya.

 

P1160929

Dah bancuh, biarkan atas pengacau selama 3 hari sebelum boleh digunakan.  Dalam tu dimasukkan bola magnet yang bertindak sebagai pengacau.

No comments: