Friday, September 30, 2011

Tiada tajuk specific

 

Tadi baru lepas lepas jumpa SV.  2 weeks tak jumpa sebab last week dia pergi holiday.  So apa aku buat?????

1) Fabricated new sample

2) Attend course Long document

3) Buat report

4) Isi form study leave extension

5) Print & Baca borang visa

6) Searchkan rumah untuk pelajar baru

7) Bantu uruskan pelajar baru

8) Urusan rumahtangga

So aku buat keje le jugak.  Tapi takkan nak kasi list ni kat SV kut.

Semalam pulun buat report/thesis.  Bila la nak berubah.  Last minutes.  Memang aku ada banyak idea last minutes.  Tapi tu la aku bukannya orang bujang yang boleh consentrate writing 24 jam tak bangun.  Anak-anak & suami nak makan jugak… Anak-anak minta dilayan jugak…  Anak-anak nak minta perhatian jugak… Anak-anak gaduh mmmmm……   Last minutes dah memang tak sesuai utk org macam aku dah, tapi aku pernah le jugak cuba buat awal-awal.  Satu hari dapat tulis satu ayat/statement je berbanding 1 jam last minutes yg aku boleh buat 1 page. 

Semalam pun banyak menung je jugak.  Bukan senang nak tulis, pilih data, merekacipta analisis… Dah pukul 1 pagi semalam, aku ngantuk sangat.  Cadangnya nak tido 4 jam je.  Tapi kerana terlalu ngantuk, aku terus tido tanpa kunci jam.  Sebenarnya tak de la tido mati.  Banyak kali le jugak terjaga tapi aku lupa ada kerja yang nak disiapkan.  Sambung tido…  At last aku jaga jam 6.15.  Haah…. alamak… nak buat keje tadi.  Tengok jam, memang le aku tak kunci…  Bangun solat & masak la.  Anak-anak nak pegi sekolah.

So… apa nak cakap kat SV ni. mmmm….  Mula-mula macam nak mengaku kata ‘I’m not a good girl this week’.  Sebabnya report tak siap.  But, rasa macam bodoh je la pulak statement tu.  Tak suka le kalo SV kata aku pemalas.  Kalo aku jadi SV pun, aku tak suka gak student datang kat aku cakap macam tu.  Mau kena makan la.

Aku ni kekadang good bab cari alasan yg reasonable.  But hari ni rasa tepuuuu je.  Jenuh gak aku menung daripada tulis…  Last-last aku buat keputusan untuk :

1) Bawa sample yang aku dah fabricate Selasa lepas untuk tunjuk kat SV.  Ala… tak tunjuk pun tak pe.  Cakap je pun boleh.  Sample tu sepatutnya aku dah test but last week equipment tu rosak.  So aku delay2 kan la fabricate dan this week lak sibuk urusan lain jadi aku tak sempat le nak measure.  Saja tayang kat dia aku berjaya align gate & Source/drain tu w/pun 4 device mis-alignment.  My 2nd SV lak sokong kata mmg susah nak align tu. hihi….  bunyinya macam 1 hari je aku dok align tu but sebenarnya aku align 5 minit  je.

2) Aku ajak SV discuss Table of contents thesis.  Aku kata le sponser nak.  Ni ayat tipu separuh.  Sebabnya tak de la sponser aku minta.  But kawan aku call semalam kata diorg kena hantar draf thesis.  But diorg tu 2nd & 3rd extension.  Aku baru 1st.  Mananye ada draf lagi.  Aku ready je la.  Kira kalo betul diorg nak, aku dah la + consider aku tak tipu SV la.

3) Tanya SV pasal chamber yang dah dibeli tu.  Bila boleh dapat? (ni nak melamakan masa)

4) Baru le tunjuk SV, report aku yang tak siap lagi tu.  hihi… mula la kata aku confius cam mana nak tulis ni???, patut ke aku letak ni ????.  dll.

At last, habis le masa 1 jam.  But I still have a lot to do by next week… But petang ni nak pergi workshop visa extension.

Rasanya cam entri blog si Lutfi Amri le pulak….

1 comment:

Amri said...

Itulah, I thought the same thing. Influence nih