Monday, September 5, 2011

Raya tak raya

 

Rasanya tahun ni mak raya tapi cam tak raya.  Sebab-sebabnya

1) Tak bersedia.  28 ogos (2 hari sebelum raya).  Mak buat majlis iftar di rumah mak.  Panggil la jiran yang berhampiran dan kawan-kawan video klip lagu raya.  Penat masak tak habis lagi + lauk pun ada byk lagi.  Alhamdulillah terawih terakhir tahun ini di buat di rumah mak.  Tapi mak tak dapat join sbb masalah ruang tempat solat.  Maklumla rumah macam cybercafe.

Malam tu pun tidur lewat sebab tunggu call TV3.

Mood nak masak lauk raya pun tak de.  langsir rumah pun tak tukar lagi.  Jadi kami beraya la dengan lauk semalam. (kesian Fakhzan & Anis).  Cuma mak sempat masak nasi impit dan kami makan dengan serunding instant.

 

2) Report to SV.  Ada report yang pernah mak buat dan ada soalan-soalan dari SV yang mak perlu jawab dan yang mak masih belum dapat jawapannya.  SV bercuti selama 2.5 minggu sebelumnya. Dan sepatutnya mak telah bersedia dengan jawapan.  Tapi apa mak buat ??????   Buat video lagu raya, buat kuih raya, buat kuih berbuka, mmmmmmm……. salah sendiri.  Akibatnya makan juadah raya pun, nampak muka SV.  Hari Jumaat lepas raya tu perjumpaan dengan SV.

So keseronokan beraya tahun ini pun cam kurengggg je.  Keseronokan sambut wedding anniversary ke 10 tak sempat lagi….   Late celebration.  Tak best nye….

 

DSC_9482

Kawan mak kata baju raya kami dah basi.  Sebab dah keluar kat video lagu raya.  Basi tak basi memang tu je pun baju yang ada.  Bukan baju basi, baju bertuah…   Terima kasih buat adikku Noor Aishah yang telah men sponser baju raya kami anak beranak…

No comments: