Wednesday, August 31, 2011

Ke 10

 

Hari ini ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10.  Sama hari dengan hari kemerdekaan ke 54.  Tiada sambutan special seperti tahun-tahun lepas.  Ini adalah kerana ada kerja (PhD) yang perlu mak selesaikan.  Jadi sambutan terpaksa la ditangguhkan.

DSC_9496DSC_9497

DSC_9495

Tuesday, August 30, 2011

Jamuan Aidilfitri 2011

DSC_9576DSC_9567DSC_9593DSC_9603DSC_9605DSC_9638DSC_9662DSC_9666

DSC_9708DSC_9709DSC_9706DSC_9628

Aidil fitri 2011

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

 

DSC_9493DSC_9500DSC_9510DSC_9519DSC_9557DSC_9544DSC_9552DSC_9555

Monday, August 29, 2011

Berita gembira

Berita gembiranya ialah video klip lagu raya kami telah memenangi  Video klip lagu raya anjuran MHI TV3.  Lutfi, Syukri dan Amalina berada di rumah mak semasa berita tersebut disampaikan.  Panggilan telefon live dari MHI TV3 ke udara kira-kira jam 8 malam waktu Malaysia (29 Ogos) dan 1 pagi waktu UK.

http://www.youtube.com/watch?v=p9Y6tg2OpoA

 

DSC_9410DSC_9411DSC_9416DSC_9421

Sunday, August 28, 2011

Iftar

 

Hari ini mak mengadakan majlis iftar di rumah.  Tak la jemput semua orang.  Tak muat pulak rumah nak makan serentak & solat.  Membalas jemputan iftar dari jiran-jiran.  Yang tak dijemput, insyaAllah akan dijemput masa open house raya nanti.

Alhamdulillah solat maghrib dan isyak di adakan di rumah.  Dan solat terawih terakhir untuk tahun ini juga di adakan di rumah mak.

 

DSC_9366DSC_9371DSC_9374DSC_9381

Friday, August 26, 2011

Rewang Iftar

 

Durham_my sponser majlis iftar di masjid pada hari ini.  Kami sama-sama rewang menyediakan juadah iftar untuk masjid dan juga untuk kami sendiri.  Bertempat di rumah Kak Mas.

P1160625P1160656P1160643P1160660

Thursday, August 25, 2011

Intravenous Urogram (IVU)

Hari ini mak menjalani pemeriksaan IVU.  IVU ialah :

An intravenous urogram is a test that allows your doctor to look at your urinary system, using a special dye (contrast medium) that shows up on X-ray.The dye is injected into one of your veins and travels through your bloodstream, kidneys, ureters and bladder before being passed out in your urine. The dye helps to show your urinary system more clearly than an ordinary X-ray. Your doctor will be able to see how quickly and efficiently your urinary system is working and how well it’s dealing with fluid and waste. 

(dipetik dari: http://www.bupa.co.uk/individuals/health-information/directory/i/intravenous-urogram)

Ini kali pertama mak menjalani pemeriksaan ini.  Ianya bermula sehari sebelumnya iaitu persediaan usus.  Usus perlu dikosongkan mengikut diet pemakanan yang diberikan/dicadangkan.

Pagi:  Mak makan 1 keping tortela

Tengahari: Bubur nasi + ayam.  1 biji pisang.  Jam 4 petang: kena makan Picolax (ni pelawas la). Aktiviti seterusnya pergi toilet je la.

Malam : Kuih sup ayam (kuah je tau).  Boleh kurus cam ni.

Pagi (sebelum pemeriksaan), boleh minum kopi atau teh tanpa gula.  Tanpa GULA…   lebih baik mak minum air kosong je la.

Makanan seperti sayur-sayuran dan produk tenusu adalah dilarang.  Mak juga perlu minum banyak air kosong.

Hari pemeriksaan.  Pemeriksaan dijalankan dibilik x-ray.  Perlu tanggal baju dari pinggan ke atas je.  Barang kemas pun kena buka.  Mak lupa lak nak buka rantai.  Oooppss… Dia kata tak pe, bukan nak xray sampai atas pun.

1) Xray pertama diambil

2) Inject Iodine.  2 tuib.  Rasanya dalam 500ml. Warnanya jernih.  Mak cakap kat radiology tu, mak ingatkan color iodine tu purple.  terbayang keluar kencing warna purple.  Semasa inject, rasa panas perut & rasa nak terkencing.  Tekak pun ada rasa sedikit loya dan nak muntah.  Tapi kejap je.

3) Lepas 5 minit, xray ke 2 diambil.  Lepas 5 minit lg ke 3.

4) Kemudian dia letak benda kat atas perut mak, tekan & seal.  Ayoooo… sesak nafas dibuatnya.  Dia kata nak kasi iodine tu stop kat kidney & nak xray (kalo tak salah mak la, kekadang tak faham gak apa omputih ni explain).  Then X-ray & xray lagi.

5) Kemudian dia lepaskan benda tu.  Wah … lega… xray lg.

6) Dia suruh mak ke toilet, buang air.  Kemudian x-ray lagi kali terakhir. 

Keseluruhan proses rasanya dalam 45 minit.  Ok.. selesai.  Result tunggu jumpa doktor bulan 10 nanti.

DSC00080DSC00079

Sunday, August 21, 2011

Iftar Durham_my

 

Walaupun kami di sini sudah tak ramai.  Tetapi majlis seperti in tetap meriah…

 

DSC_9226DSC_9231DSC_9232DSC_9233DSC_9246DSC_9251

Saturday, August 20, 2011

The making of …..

 

Hari ini kami terlibat dalam rakaman video clip raya versi Youtube.  Pakai baju raya la.  Confius gak anak-anak ke mana nak pergi melawa ni.  

Mak bawa kuih raya yang mak dah buat berserta kuih-kuih ‘tunjuk’.  Tempat rakaman adalah rumah Tuan Director merangkap ‘penyanyi’.  Macam dah raya je, tapi sebenarnya masih berpuasa.  Iffah & Izzah je yg syok makan.

Tahun ini kami tak hantar gambar ke surat khabar di Malaysia.  Buat rakaman Youtube je.

 

DSC_9161DSC_9194DSC_9168DSC_9183DSC_9191DSC_9209DSC_9165