Saturday, January 8, 2011

PhD & PHD–part 1: Merc

 

Phd adalah singkatan yang biasa di tulis bagi merujuk kepada Doctor of Philosophy.

Manakala PHD pula boleh la dirujuk sebagai apa saja yang anda suka.  Tapi yang saya ingin ceritakan di sini adalah mengenai PHD yang merujuk kepada Perasaan Hasad Dengki.

Ber YM dengan rakan sepejuangan beberapa hari lalu.  Berkongsi suka duka dengan kehidupan di rantau orang.  Yang merasainya saja yang faham.  Bercerita tentang PhD yang sukar diperolehi dengan masa yang diperuntukkan, tetapi PHD yang amat mudah diperolehi daripada segolongan orang.  Itulah hakikatnya.

 

MERC

Masa saya buat keputusan untuk belajar ke UK, sebutan pertama yang saya perolehi dari seseorang yang ‘berpelajaran tinggi’ adalah “ni mesti nak beli Merc”.  Saya pun hairan kenapa la Merc ni dikaitkan dgn UK.  banyak orang balik UK dengan membeli kereta BMW, Honda, Ford, Toyota, Matsubishi dan tidak kurang juga yang tidak membawa balik kereta.

Salah ke kalau nak membeli kereta sekali pun????  Orang yang buat Phd di Malaysia tak beli kereta ke??? beli jugak rasanya.  Kereta BARU yang harganya beratus ribu.  Tapi tak de sapa pun kisah.  Yang balik dari UK ni yang beli USED car yang orang nak bising sangat.  Dah la kereta tu harga tak sampai pun 20k.  Tu yang dok sibuk sangat.  Hairan betul saya.  Gagal menghabiskan PhD dengan masa yang diperuntukkan juga dikaitkan dengan Merc.  Macam mana orang yang berpelajaran tinggi boleh berfikir begitu.

Mau tanya lagi… Salah ke beli Merc????  Dari permerhatian saya, mereka yang membeli Merc pun bukannya menggunakan duit ELAUN belajar pun.  Macam le elaun tu banyak sangat sampai mampu membeli kereta Merc.  Jika Merc itu kereta idaman pun, saya lihat mereka yang membelinya memang bersusah payah.  Yang mana isteri belajar, suami sibuk bekerja sebagai cleaner.  Ada yang bekerja sehingga 4 tempat yang berlainan sehari.  Ada yang bekerja angkat kotak yang berat dan pelbagai lagi.  Masa bekerja ada yang dari jam 4 pagi dan hingga 10 malam.  Perlu diingat iklim 4 musim di UK ni memang mencabar terutama musim sejuk.  yang belajar pula, pukul 6 pagi dah pergi kerja, lepas kerja pergi school belajar.  Jadi salah ke kalau diorang nak beli Merc sekali pun.  Itu semua dari titik peluh mereka sendiri.

PHD terhadap kereta Merc.  Kononnya kereta mewah di Malaysia.  Tapi di UK ni tak siapa hairan kalau anda pakai Merc.  Yang datang UK ni rata-rata telah menjual kereta mereka di Malaysia.  Jadi salah kah jika mereka ingin membeli kereta di UK dan di bawa pulang?  Disamping kerja tambahan, ada juga yang meminjam duit saudara mara untuk membeli kereta.  Salah kah?  

Janganlah sempitkan fikiran anda dengan PHD terhadap mereka yang membawa pulang kereta dari UK.  Sokonglah mereka bagi berjaya mendapat PhD.  Berikan galakan dan semangat.  Bukannya dengan memerli mereka dengan pelbagai tomahan.

Saya belajar di UK tapi tak membeli Merc.  Saya tak minat Merc pun.  Tapi suami saya suka juga.  Terpulanglah.  Dia ada duit simpanannya masa dia bersusah-payah kerja dulu.  Kalau dia nak beli pun, dia tak minta duit dari sesapa pun.  Jadi tak perlulah penat-penat nak ber PHD.  Kalau nak beli dan bawa balik pun, saya rasa itu hak dia.  Tiada kaitan langsung dengan PhD dia.  Tapi mungkin ada kaitan dengan PHD dari orang lain.

4 comments:

hnyhar said...

Itulah manusia kak..bila lihat org senang...ada saja perasaan tak puas hati kat dalam tu..nak cuit2, sikit pun jadiklah..samalah juga dengan manusia yang kita sangkakan kawan..rupanya mengambil kesempatan terhadap kebaikan kita, malah lebih teruk lagi..menikam kita dr belakang.

Kena kasik anugerah sikit utk org yg ada PHD ni..tak pun kasik hadiah kat depa..


** peminat bmw tp ada merc..kui3. xminta duit org pun nak beli keta daaa....

Anonymous said...

ALANG: hihi...begitu panas rasenye iklim di blog akak utk entri yg satu ini...tak same ngan iklim UK :-D

org yg berPHD tu tlupa ade org yg abih PhD within time, bawak balik merc sebijik...jadi, there is no colleration between merc n masa seseorang itu mengkomplitkan PhD...

anyway kak...i sokong akak beli keta ape pon...kalo ade modal lebih, belikan utk i satu yer :-)

ayu said...

zbz i likee ur entry! setuju sgt, apa2 pun takyah nk dengar n fikir apa yg org ckp.teruskan perjuangan phd n make the most of ur life in the uk, cos one day u'll miss it.

Anonymous said...

Saya sokong akak punya statement