Sunday, January 9, 2011

Nasi lemak International

 

Kalau nasi lemak yang di jual di Malaysia kita panggil Nasi lemak tempatan.  Kalau di jual di luar Malaysia, kita panggil Nasi Lemak International.  Tak boleh nak letak nama nasi lemak antarabangsa sebab kat Kpg Baru, KL ada jual nasi lemak antarabangsa.

Ni nasi lemak versi baru balik bercuti dari Malaysia.  Mak panggil nasi lemak bungkus ala Malaysia.  Sebabnya nasi lemak di Malaysia biasanya dibungkus dengan cara ini.  Kertas bungkus yang warna coklat tu pun import dari Malaysia.  Setakat ni mak tak jumpa le pulak kertas yang macam ni yang di UK di jual.  Tapi siapa ada nampak, kasi tau la kat mak.  Biasanya nasi lemak di UK dibungkus dalam bekas plastik atau aluminium foil.

DSC_5134

Hari ni mak jual nasi lemak harga 1 pound je dengan 2 pilihan.  Samada nak sambal udang atau sambal ikan bilis.  Boleh juga nak tambah telur goreng dengan harga 20 pence je.  Penghantaran percuma, cuma lambat atau cepat je la.  Maklumla ada seorang je pekerja yang deliver nasi-nasi tu.

DSC_5132

Kenapa menjual nasi lemak ????

Jawapan tak berhemah : “Aku punya pasal la”.

DSC_5133

Jawapan yang berhemah (org yg buat PhD, bukan PHD tau )

1) Ikut sunnah Nabi  ‘berniaga’.

2) Memberikan kawan-kawan pelbagai pilihan makana di bumi Durham ni.

3) Bantu kawan-kawan untuk bawa bekal ke carboot.

4) Mengisi tabung untuk masa kecederaan.

5) Mengisi tabung keperluan & kehendak.

6) Supaya orang yang ada PHD tahu, saya tak guna duit elaun belajar untuk shopping & jalan-jalan. hihi…

Bukan jual hari-hari pun, seminggu sekali pada hari Ahad. Kalau tak jual pun, hari Ahad kena masak jugak cam biasa.  Cuma jika jual, kena bangun awal dan masak lebih sikit.  Tapi mak tak de la buat nasi lemak setiap minggu.  Tukar-tukar la.  Biasanya setiap hari Rabu, mak dah iklankan menu untuk hari Ahad.  Jadi, jika berminat boleh la order.

3 comments:

WaNNi said...

ala kak pindah dok sini la..senang sikit saya kalo malas masak. sabar je la kak pasal PHD tu, bagi saya buat bodo je. yg penting hati sendiri kena jaga kalau dengar sgt ckp org n pk nnt kita yg makan hati.

anon suria said...

bestnyer nasik lemak bungkus 3 segi camtu. kat sini ramai jer org berniaga mknn..tp mmg lum jumpa lg yg bungkus istimewa mcm kak zarina nyer.

zarina said...

Tambahan. Bawah nasi tu akak letak daun pisang. Jadi baunya harummmm...