Saturday, January 29, 2011

Berita tak ada gambar - IFFAH

28 Jan 2011.  Iffah dilaporkan berak berdarah pada waktu tengahari.  Mak dan ayah masih di sekolah.  Petang semasa kencing, terdapat titisan darah lagi.  Tapi tak berapa pasti dari mana datangnya.
4.00pm – Bawa Iffah ke Bowburn Medical Centre.  Dr Pollard pun tak pasti apa puncanya.  Dr Pollard telefon ke hospital untuk bertanyakan kepada consultant Pediatrics.  Iffah dicadangkan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
5.30pm – Iffah dibawa ke hospital.  Turut di bawa bekalan baju, susu, pampers.  Sebagai persediaan, jika kena di tahan di wad.  Setelah diperiksa dan didiagnos, Dr kata Iffah terkena sembelit.  Iffah berak selalu cair je tapi sebenarnya tahi keras dah sangkut kat dalam.  Itu menyebabkan luka dan berdarah.  Dr kasi prescription dan Iffah di benarkan balik (7.45pm). Kami ambil ubat di farmasi Tesco.  Ubat untuk dimakan selama 2 minggu dan temujanji seterusnya akan dilakukan dengan Dr.  Mak juga perlu rekodkan bila Iffah berak dan bagaimana bentuk tahi nya.
Berita je, tak de gambar.  Mak lupa bawa kamera untuk ambil gambar Iffah di wad.

1 comment:

anon suria said...

moga cepat sembuh. bnyk bnyk minum air yer iffah.