Saturday, January 29, 2011

Kak Azna datang lagi

 

Kak Azna datang ke Durham lagi.  Kali ni untuk mengambil kiriman barang dari Malaysia.  So kita bawa Kak Azna jalan-jalan ke Dalton Park, Angle of the North & Newcastle.

Masa balik pula, tiket Kak Azna dari Durham tulis naik bas ke Darlington.  Kami tunggu di stesen bas tetapi tak ada bas.  Rupanya bas tu dari stesen keretapi.  Kak Azna dah terlepas bas & train.  Jadi kami hantar kak Azna ke Darlington dan dia naik train ke Leeds.  Di Darlington baru la nampak ada notis penggantian train ke bas.  Hanya untuk perjalanan dari Darlington-Durham-Newcastle.  Hanya 2 hari je pun.

Menu : Laksa Penang.

P1140901P1140899P1140906P1140918P1140921

DSC_5165

Berita tak ada gambar - IFFAH

28 Jan 2011.  Iffah dilaporkan berak berdarah pada waktu tengahari.  Mak dan ayah masih di sekolah.  Petang semasa kencing, terdapat titisan darah lagi.  Tapi tak berapa pasti dari mana datangnya.
4.00pm – Bawa Iffah ke Bowburn Medical Centre.  Dr Pollard pun tak pasti apa puncanya.  Dr Pollard telefon ke hospital untuk bertanyakan kepada consultant Pediatrics.  Iffah dicadangkan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
5.30pm – Iffah dibawa ke hospital.  Turut di bawa bekalan baju, susu, pampers.  Sebagai persediaan, jika kena di tahan di wad.  Setelah diperiksa dan didiagnos, Dr kata Iffah terkena sembelit.  Iffah berak selalu cair je tapi sebenarnya tahi keras dah sangkut kat dalam.  Itu menyebabkan luka dan berdarah.  Dr kasi prescription dan Iffah di benarkan balik (7.45pm). Kami ambil ubat di farmasi Tesco.  Ubat untuk dimakan selama 2 minggu dan temujanji seterusnya akan dilakukan dengan Dr.  Mak juga perlu rekodkan bila Iffah berak dan bagaimana bentuk tahi nya.
Berita je, tak de gambar.  Mak lupa bawa kamera untuk ambil gambar Iffah di wad.

Wednesday, January 26, 2011

Tepek pisang

 

Sebagai penutup resepi pisang, setelah menghabiskan pisang sekotak.  Mak buat tepek pisang.

Caranya:

Lenyekkan pisang + tepung + garam + gula sikit (buat macam bancuhan cekodok pisang)

DSC_5137

Tepekkan atas kuali panas.  Boleh pakai kuali non-stick atau letakkan sikit minyak pada kuali.

DSC_5141

Taburkan dessicated coconut yang telah dicampur sedikit garam.  Lebih sedap letak kelapa parut.

DSC_5143

Lipatkan dua.

DSC_5144DSC_5145DSC_5146

Dah masak, potong dan boleh le di makan.

DSC_5140DSC_5148

Tuesday, January 25, 2011

Nasi Arab

Mak masak Nasi Arab.  Belajar dari Ustazah Hamidah.  Tapi ni versi mak.  Memang mak selalu tak berapa ikut cakap cikgu.  Bukan tak nak ikut tapi selalu lupa apa cikgu kata.  Tapi kalau nak cuba boleh.  Ni mak guna rempah Mugluba (tah betul ke eja nya).  Kalau tak de, guna je rempah kurma, beriani atau apa2 je yg ada.

Cara buatnya :

Rebus ayam dengan rempah & garam & kuib pati ayam

Potong dan goreng karot, kentang, terung & kubis bunga
Basuh beras dan letakkan sedikit dalam periuk nasi

Masukkan sedikit bahan goreng & ayam.  Lapiskan dengan beras dan ulang semula lapisan tadi
Masukkan air rebusan ayam dan rempah tadi





Seperti biasala, mak lupa nak ambil gambar nasi yang dah masak.  Mak makan nasi ni dengan sos tomato dan sos cili.

Saturday, January 22, 2011

Kuih gelang

Mak buat kuih gelang hari ni.  Dapat beli keledek sekotak £1.50 je.  Last week dah buat karipap dan pengat.  Jadi hari ni buat kuih gelang la.  Semuanya berasas kan keledek.  Kuih gelang ni lebih dikenali sebagai kuih keria.  Apa-apa pun mak lebih suka panggil kuih gelang walaupun tak cukup besar untuk buat gelang.  Cara buatnya senang je.

1. Kukus keledek hingga lembut
2. Lenyekkan dan campur tepung gandum secukupnya.  Jangan banyak sangat nanti keras.
3. Campur sikit garam.
4. Bentukkan bulat dan buat lubang tengah.  Boleh juga guna acu donat.
5.  Goreng dan sirakan dengan gula.

Selepas digoreng

Selepas di sira gula

Letak coklat pun boleh

Sedappppp !!!!!!

Friday, January 21, 2011

Cita-cita tak nak

Maksud tajuk di atas ialah kerjaya yang anda tidak mahu.  Tapi dah tak mahu, sepatutnya tak de la panggil cita-cita.  Apa-apa je la.  Tapi saya nak bagitau tentang cita-cita.

Cita-cita yang nak
Masa sekolah rendah dari Darjah 1 lagi, ini antara soalan yang ditanya oleh cikgu yang saya tak suka nak jawap.  "Apa cita-cita?" Ngapa la nak tanya. 'tak suka', 'tak suka'.  Tapi biasanya, apa yang di depan mata la yang kita nampak.  Jawapan rasmi mestila nak jadi CIKGU.  Setiap tahun pun sama je jawapannya walaupun dalam hati tak de la teringin nak jadi cikgu.  Bila dah besar sikit, dah Darjah 4.  Baru terbuka sikit mata.  Masa tu cikgu tanya apa cita-cita.  Jawapannya... dengan bangga jawap nak jadi AHLI ASTRONOMI.  Wahhhh.... memang kena gelak satu kelas.  Macam pelik je cita-cita.  Itulah jawapan aku sehingga Darjah 6.  Masuk tingkatan 1 dan seterusnya, tak ada siapa tanya apa cita-cita bila besar nanti.  Jadi tak perlu la pening kepala nak fikir.  Akhir sekali, saya tak ada cita-cita yang saya nak.  Fikir-fikir balik, baru terasa, bagus juga soalan cikgu sekolah rendah tu.  Paling kurang mesti kita akan fikir untuk jadi apa pada suatu hari nanti.  TAPI... yang saya rasa kelakar sikit.  Saya ada cita-cita yang saya TAK NAK.

Cita-cita yang tak nak
Yang pertama, saya tak nak jadi engineer.  Sebab, saya tak suka subjek Add Maths & Fizik.  Tak suka subjek yang kena kira-kira.  Kedua, saya tak mau jadi cikgu/pensyarah dan yang seangkatan dengannya.  Saya memang tak pandai nak bercakap dikhalayak ramai dan tak pandai nak buat ayat bila depan orang.
TETAPI..... kedua-dua cita-cita yang saya tak nak tu la yang saya jadi.  Kisah benar.  Saya jadi ENGINEER.  Masih teringin lagi 'business card' untuk saya yang saya terima.  "Jurutera", "Substation Automation System Project".  Saya tertawa je dalam hati.  Berpijak di bumi nyatakan aku ?????   
'Alang-alang dah ambil kursus engineering, biarlah merasa jadi engineer.  Dapat tengok jawatan jurutera tertulis pada business card pun jadila.  Bangga sekejap mak ayah di kampung.  Anak kome keje enginer'.  Itu kata-kata saya kepada pelajar saya setelah saya bergelar pensyarah.   'PENSYARAH' !!!! ni cita-cita ke 2 yang saya tak mahu.  Tapi akhirnya saya jadi pensyarah.   
Saya berkahwin dengan engineer yang akhirnya bertukar kerjaya sebagai pensyarah.  Kerjaya dapat pahala banyak kata mak saya.  Menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 
Pengajarannya: Perkara yang kita tak suka, adakalanya adalah baik/sesuai untuk kita.  

Sesuai ke saya sebagai pensyarah ?????? Masih belum mendapat penyesuaian lagi selagi perjuangan belum selesai....


Pulang lagi


Hari ini 1 keluarga lagi pulang ke bumi Malaysia, meninggalkan bumi Durham yang bersuhu -4'C pada pagi ini.  Selamat pulang Ustaz Mazslee, Ustazah Hamidah & anak-anak.  Kini hanya kira-kira tinggal 15 keluarga Malaysia sahaja di Bowburn, Durham.  Ramai lagi akan pulang pada tahun ini. aaahhhhhh....  aku jua ingin pulanggg..

Monday, January 17, 2011

Setelah 2 tahun

Hari ni cukup 2 tahun kami tinggal di UK. Kami masih sama seperti dulu. Masih meneruskan persekolahan kami. Anak-anak & ayah semakin membesar. Mak aje yang maintain, hihi. Masih lagi tinggal di rumah yang sama dan masih lagi memakai 'red car' yang sama.




Sunday, January 16, 2011

Jualan : Nasi labenon & Ayam jalfrezi

Minggu ni mak jual nasi labenon & ayam jalfrezi (£2 sebungkus)




Sunday, January 9, 2011

Nasi lemak International

 

Kalau nasi lemak yang di jual di Malaysia kita panggil Nasi lemak tempatan.  Kalau di jual di luar Malaysia, kita panggil Nasi Lemak International.  Tak boleh nak letak nama nasi lemak antarabangsa sebab kat Kpg Baru, KL ada jual nasi lemak antarabangsa.

Ni nasi lemak versi baru balik bercuti dari Malaysia.  Mak panggil nasi lemak bungkus ala Malaysia.  Sebabnya nasi lemak di Malaysia biasanya dibungkus dengan cara ini.  Kertas bungkus yang warna coklat tu pun import dari Malaysia.  Setakat ni mak tak jumpa le pulak kertas yang macam ni yang di UK di jual.  Tapi siapa ada nampak, kasi tau la kat mak.  Biasanya nasi lemak di UK dibungkus dalam bekas plastik atau aluminium foil.

DSC_5134

Hari ni mak jual nasi lemak harga 1 pound je dengan 2 pilihan.  Samada nak sambal udang atau sambal ikan bilis.  Boleh juga nak tambah telur goreng dengan harga 20 pence je.  Penghantaran percuma, cuma lambat atau cepat je la.  Maklumla ada seorang je pekerja yang deliver nasi-nasi tu.

DSC_5132

Kenapa menjual nasi lemak ????

Jawapan tak berhemah : “Aku punya pasal la”.

DSC_5133

Jawapan yang berhemah (org yg buat PhD, bukan PHD tau )

1) Ikut sunnah Nabi  ‘berniaga’.

2) Memberikan kawan-kawan pelbagai pilihan makana di bumi Durham ni.

3) Bantu kawan-kawan untuk bawa bekal ke carboot.

4) Mengisi tabung untuk masa kecederaan.

5) Mengisi tabung keperluan & kehendak.

6) Supaya orang yang ada PHD tahu, saya tak guna duit elaun belajar untuk shopping & jalan-jalan. hihi…

Bukan jual hari-hari pun, seminggu sekali pada hari Ahad. Kalau tak jual pun, hari Ahad kena masak jugak cam biasa.  Cuma jika jual, kena bangun awal dan masak lebih sikit.  Tapi mak tak de la buat nasi lemak setiap minggu.  Tukar-tukar la.  Biasanya setiap hari Rabu, mak dah iklankan menu untuk hari Ahad.  Jadi, jika berminat boleh la order.

Saturday, January 8, 2011

PhD & PHD–part 1: Merc

 

Phd adalah singkatan yang biasa di tulis bagi merujuk kepada Doctor of Philosophy.

Manakala PHD pula boleh la dirujuk sebagai apa saja yang anda suka.  Tapi yang saya ingin ceritakan di sini adalah mengenai PHD yang merujuk kepada Perasaan Hasad Dengki.

Ber YM dengan rakan sepejuangan beberapa hari lalu.  Berkongsi suka duka dengan kehidupan di rantau orang.  Yang merasainya saja yang faham.  Bercerita tentang PhD yang sukar diperolehi dengan masa yang diperuntukkan, tetapi PHD yang amat mudah diperolehi daripada segolongan orang.  Itulah hakikatnya.

 

MERC

Masa saya buat keputusan untuk belajar ke UK, sebutan pertama yang saya perolehi dari seseorang yang ‘berpelajaran tinggi’ adalah “ni mesti nak beli Merc”.  Saya pun hairan kenapa la Merc ni dikaitkan dgn UK.  banyak orang balik UK dengan membeli kereta BMW, Honda, Ford, Toyota, Matsubishi dan tidak kurang juga yang tidak membawa balik kereta.

Salah ke kalau nak membeli kereta sekali pun????  Orang yang buat Phd di Malaysia tak beli kereta ke??? beli jugak rasanya.  Kereta BARU yang harganya beratus ribu.  Tapi tak de sapa pun kisah.  Yang balik dari UK ni yang beli USED car yang orang nak bising sangat.  Dah la kereta tu harga tak sampai pun 20k.  Tu yang dok sibuk sangat.  Hairan betul saya.  Gagal menghabiskan PhD dengan masa yang diperuntukkan juga dikaitkan dengan Merc.  Macam mana orang yang berpelajaran tinggi boleh berfikir begitu.

Mau tanya lagi… Salah ke beli Merc????  Dari permerhatian saya, mereka yang membeli Merc pun bukannya menggunakan duit ELAUN belajar pun.  Macam le elaun tu banyak sangat sampai mampu membeli kereta Merc.  Jika Merc itu kereta idaman pun, saya lihat mereka yang membelinya memang bersusah payah.  Yang mana isteri belajar, suami sibuk bekerja sebagai cleaner.  Ada yang bekerja sehingga 4 tempat yang berlainan sehari.  Ada yang bekerja angkat kotak yang berat dan pelbagai lagi.  Masa bekerja ada yang dari jam 4 pagi dan hingga 10 malam.  Perlu diingat iklim 4 musim di UK ni memang mencabar terutama musim sejuk.  yang belajar pula, pukul 6 pagi dah pergi kerja, lepas kerja pergi school belajar.  Jadi salah ke kalau diorang nak beli Merc sekali pun.  Itu semua dari titik peluh mereka sendiri.

PHD terhadap kereta Merc.  Kononnya kereta mewah di Malaysia.  Tapi di UK ni tak siapa hairan kalau anda pakai Merc.  Yang datang UK ni rata-rata telah menjual kereta mereka di Malaysia.  Jadi salah kah jika mereka ingin membeli kereta di UK dan di bawa pulang?  Disamping kerja tambahan, ada juga yang meminjam duit saudara mara untuk membeli kereta.  Salah kah?  

Janganlah sempitkan fikiran anda dengan PHD terhadap mereka yang membawa pulang kereta dari UK.  Sokonglah mereka bagi berjaya mendapat PhD.  Berikan galakan dan semangat.  Bukannya dengan memerli mereka dengan pelbagai tomahan.

Saya belajar di UK tapi tak membeli Merc.  Saya tak minat Merc pun.  Tapi suami saya suka juga.  Terpulanglah.  Dia ada duit simpanannya masa dia bersusah-payah kerja dulu.  Kalau dia nak beli pun, dia tak minta duit dari sesapa pun.  Jadi tak perlulah penat-penat nak ber PHD.  Kalau nak beli dan bawa balik pun, saya rasa itu hak dia.  Tiada kaitan langsung dengan PhD dia.  Tapi mungkin ada kaitan dengan PHD dari orang lain.

Friday, January 7, 2011

Sambutan Maal Hijrah

Sambutan Maal Hijrah masyarakat Islam Melayu di Durham



Saturday, January 1, 2011

Tahun baru 2011

 

Selamat tahun baru.

 

P1140709P1140716P1140741