Tuesday, September 28, 2010

Sandsend - Whitby

Group walk 2010. Kali ni kami tak naik panjat bukit macam ke Roseberry topping last year. Lega rasanya. Kali ni jalan-jalan tepi pantai dari Sandsend ke Whitby. Lebih kurang 1 jam. Kalo lari lagi cepat la kut.

Bertolak dari university jam 10.30 pg dan sampai ke Sandsend pukul 12.00. Maka mula jalan. Tapi mak tak ambil banyak gambar masa jalan. Consentrate.. hihi... bukan ape.. takut kena tinggal. Penat gak berjalan atas pasir ni. Teringin masa sekolah dulu training hoki kat pantai Batu Feringgi.





Bila sampai ke Whitby, kami makan fish & chip. Ni 1st time mak makan fish & chip yang dibeli. Ikan tu ok la, rasa ikan baru. Batter ikan tu tak sedap langsung & chip nye memang tak sedap. Tak tau la sebab chip murahan atau sebab minyak yang digunakan dah banyak sangat kali digunakan. Rasanya hangit je walaupun tak hitam. Tapi sebab SV belanja, telan je la.




Kemudian kami bersiar-siar di bandar Whitby. Whitby ni terkenal dengan batu jed hitam. Boleh la kalo nak beli. Kami juga naik ke Abbey castle dan church kat atas bukit tu. Tangga naik ke bukit tu ada 199 anak tangga. Church nya pulak agak pelik sikit dari church biasa. Tempat duduk nya berkandang dan boleh disewa untk kegunaan sendiri.






Dari Whitby, mak dengan 7 org lagi termasuk SV naik bas balik ke Sandsend. SV bayarkan tambang. Dah tak larat. Kaki pun dah cramp. Yang lain-lain meredah pasir dan air laut yang mula pasang semula. Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai. Kami minum dulu di cafe berhampiran. SV belanja lagi.

Lain kali nak bawa family pulak ke Whitby..


Monday, September 27, 2010

Irfan - surat khabar

Irfan suka sangat tengok muka dia di muka surat belakang sekali dalam surat khabar Bowburn Interchange. Irfan yang bagitau Mak. Mak tak perasan pulak & memang tak sempat nak baca pun. Ustaz Maszlee dan anak-anaknya pun ada.

Sunday, September 26, 2010

Open house – sarapan raya

 

Mak sekeluarga mengadakan open house sarapan raya.  Mak sediakan beberapa menu.  Aktiviti memasak telah mak mulakan dari hari Khamis.  Maklumlah, mak ni budak sekolah.  Memasak lepas balik sekolah la.  Jadi yang mana boleh di masak dahulu, mak masak la dulu.

Terima kasihla kepada yang sudi datang.  Memang ‘restoran’ mak yang mula beroperasi jam 9.30pagi– 1.00 petang laku betul.  Tak pernah mak buat open house dengan hidangan licin selicinnya.  Ada juga tetamu yang hadir selepas jam 1.00.  Mak jamu kuih raya je.  Kasihan la pulak.

Menu open house

1) Kuih raya – Bahulu, kuih loyang, biskut kulit kerang, biskut kopi coklat, biskut rabita dan maruku.

2) Soto ayam pencen – nasi/mee/bihun

3) Nasi lemak – sambal ikan bilis, ikan bilis/kacang goreng, ikan masin, ikan battered, telur rebus,timun, buah tomato ceri dari kebun mak.

4) Sambal nyior (serunding kelapa)

5) Lemang UK

6) Rendang pedas ayam pencen

6) Flan cocktail

Ada juga tetamu yang bertanyakan resepi soto dan rendang ayam pencen tu. Nanti la mak letak kat entri seterusnya.  Nak reka dulu resepi yang sesuai.  Sebabnya sukatan sebenar tak de.  Main curah, campak-campak dan rasa je.  Tu yang susah sikit nak reka sukatan untuk di post.  Tapi soto tu mak pakai rempah sup biasa je, bukannya mana-mana rempah soto.

Satu lagi, mak tak sempat nak ambik gambar makanan yang di sajikan sebelum di ‘ngap’.  Sibuk sangat.  Izzah pulak meragam nak dukong je.  Ayah sempat ambik gambar sikit je.  Jadila…

Terima kasih buat Ustazah Hamidah yang sudi pinjamkan periuk dan datang tolong basuh ayam dan potong-potong bawang dan juga Ustazah Residah yang tolong potong-potong makanan untuk hidangan pagi Sabtu.  Juga tak lupa periuk nasi dari Auntie Ayu.

Kesimpulan,  terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan ‘Sarapan Raya’ kami.

P1130584 P1130586

 P1130588  P1130583

Landlord kami, Mr Stephen                              Tetamu Brunei

 

P1130592P1130590P1130578

Saturday, September 25, 2010

Tahniah & selamat pulang

 

Tahniah Dr Zila & Dr Fauzi atas kejayaan menamatkan PhD mereka dengan cemerlang.  Susah payah selama ini akhirnya terbayar juga.  Alhamdulillah dan doakan rakan-rakan yang masih berjuang.

Selamat pulang juga buat rakan-rakan yang akan pulang pada tahun ini.  Walaupun masih belum selesai, insyaAllah perjuangan masih belum terhenti.  Di mana pun kita berada, perjuangan PhD mesti diteruskan.  Tak kira la lambat atau cepat, yang penting.. mesti diselesaikan.

Data tahun ini (sehingga hari ini):

Telah selesai PhD – 3 orang

Telah pulang – 5 keluarga

Akan pulang – 5 keluarga.

Memasuki 2011, warga pelajar PhD warga Msia dijangkakan hanya tinggal 16 keluarga dan beberapa lagi pelajar yang masih bujang dan yang tidak membawa pasangan.

Semakin sunyi lah bumi Durham ini dari warga Malaysia.  Sehingga hari ini tiada pun pelajar baru Phd di Durham.  Yang kedengaran hanyalah pelajar Master (self-sponser). 

 P1130566

Monday, September 20, 2010

Iffah - sekolah

 

Anak ke 2 mak ni dah mula bersekolah.  Kejap je rasanya masa berlalu.  Iffah memang dah lama nak ke sekolah.

Hari pertama sesi melawat sekolah selama 1 jam.  Izzah pun ikut sama. Seronok tumpang main sama di sekolah Iffah.  Tahun depan, Izzah pulak sekolah kat sini.

Hari ke 2, Mak tinggalkan je.  Tak tunggu pun.  Cuma mak pesan jangan nangis.  Kalau nangis nanti cikgu tak bagi pergi sekolah.  Nampaknya ok je Iffah.

P1130521   P1130512

P1130529P1130528

P1130531 P1130536 P1130532

 P1130539 P1130540 P1130543

Thursday, September 16, 2010

Izzah – pemeriksaan telinga

Follow-up check-up telinga Izzah di Sacriston pulak. Alhamdulillah ok je.

Macam-macam pulak rawatan ada di sini rupanya. Ada sports injury assessment and treatment include Bowen Technique and NST, Chiropody and Podiatry, Physiotherapy, Corrective exercise, Massage, Acupuncture, Nutritional Therapy, Kinesiology, Counselling and Psychotherapy, Aromatherapy, Colonic Hydrotherapy, Reflexology and Reiki.

Boleh tengok di :

http://www.healthnorth.co.uk/

P1130474 P1130475

Sunday, September 12, 2010

Tetamu raya dan pegi beraya

Tetamu raya kami dari Sheffield. Su, Shaari, Ayuni & Ayna. Nanti dtg lagi, jalan-jalan Durham.





Kami beraya ke rumah Majid (Newcastle) dan jiran sebelah (Kak Ayu)

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri 2010 - Jamuan raya

Menu dari dapur ku.. kuih, kek, nasi impit dan rendang daging pedas Perak.




Pelbagai juadah dan pelbagai acara.


Warga Malaysia dan juadah raya


Pertandingan menyuap isteri makan dan Penyampaian mesej


Pertandingan mengikat sampin suami dan acara kanak-kanak


Pertandingan mewarna dan Hadiah-hadiah kami

Menyuap isteri makan (ke 1)
Mengikat sampin suami (ke 2)
Permainan kanak2 (ke 2) - Irfan
Mewarna (ke 8) - Iffah


Suap anak makan dan Mesyuarat agung durham_my