Monday, July 19, 2010

two & thirty six

Izzah is 2 today !!!! mak is 36 !!!!

DSC_3729

Kali ni mak tak buat kenduri-kendara. Mak ada test English & ayah pulak kena jumpa SV. Mak buat kek pun selepas habis test English & topping kek masa kek masih panas lagi. Tak dapat nak deco cantik-cantik sebab dok berperang dgn cream dgn anak-anak. Diorang asyik nak makan cream tu je. Mana nak cukup.

Imbas kembali 2 tahun lepas. Izzah lahir secara C-sec yang telah dirancang. Sebabnya Irfan & Iffah juga lahir secara C-sec. Kedua-duanya disebabkan fetal distress. Tapi Izzah doktor cadangkan supaya dilahirkan pada week 38 pregnancy. Doktor suruh pilih tarikh antara 15 – 25 Julai. Irfan & Iffah lahir pada hari Sabtu. Jadi mak pilih supaya Izzah juga lahir pada hari Sabtu dan kebetulan pula hari Sabtu ialah 19 Julai iaitu bersamaan dengan tarikh lahir mak. Jadi kami lahir pada tarikh yang sama.

Sebenarnya, hati mak berbelah bagi juga untuk pilih tarikh tersebut. Rasa tak confident je Izzah nak dilahirkan pada week 38. Irfan & Iffah lahir pada week 40 dan berat mereka hanyalah 2.6 & 2.65kg. Masa pregnant Irfan, berat badan mak naik 11 kg. Masa Iffah naik 9kg dan masa Izzah naik hanya 7kg sahaja. Tapi masa week 36 & 37, berat badan mak sudah tak naik lagi pun. Orang kata kalo berat tak naik, maknanya baby dah cukup besar. Yer ker???

Hari Izzah dilahirkan, hujan turun agak lebat sejak subuh. Masa mak & ayah ke hospital pun hujan masih lagi lebat dan sejuk je masa tu. Ayah hantar mak ke main entrance dan ayah pergi dapatkan parking kereta. Agak lama jugala. Maklumla, hujan lebat dan pagi juga agak sibuk. Sebelum doktor datang, nurse terlebih dahulu memeriksa tekanan darah mak. Tekanan darah agak tinggi juga masa tu w/pun mak tak pernah ada masalah tekanan darah tinggi. Nurse tanya ‘takut ke?’ Mak jawap takut juga. Masa Irfan & Iffah, emergency C-sec, maybe tak sempat nak rasa takut. tu yang tekanan darah ok. Ni dah berbulan-bulan gabra.

Nurse cucuk tangan mak untuk sediakan tempat utk masukkan air. Sakitnye…. then dia kata dia salah cucuk. Haaa… mengigil tahan sakit then dia kata silap. Geram betul. Then dia cucuk tempat lain, nasib baik ok. Tapi sakit tempat tadi masih terasa. Sakit seterusnya ialah sakit masa cucuk epidural. Tak sukanye… kali ni C-sec, mak boleh nampak jam di dinding. Jadi boleh tengok la berapa lama operasi tu berlaku.

Akhirnya Nur Izzah Izma lahir dgn berat 3.15 kg pada jam 1.35 ptg. Mak juga bank kan Izzah nye cord blood stem cell. Kut-kut ada keperluan pada masa akan datang.

Sekarang Izzah dah 2 tahun. Semoga menjadi anak yang cerdik & solehah.

DSC_3753DSC_3736DSC_3733

DSC_3747DSC_3751

P1120799 P1120801

B’day card dari Irfan

2 comments:

Anonymous said...

happy b'day

anon suria said...

epy besday to both of you. beshnyer celebrate sama-sama...