Saturday, July 10, 2010

Durham Miner Gala 2010

 

Hari ni ada Durham Miner Gala.  Ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada hari Sabtu minggu ke 2 bulan Julai di Durham.  Sejarahnya, ini adalah perarakan para pelombong arang batu.  Durham ni kan kawasan bekas lombong.  Mereka akan berarak dari setiap kampung sambil membawa banner dan juga ada brass band.  Perarakan menuju ke old racecourse di bandar Durham.

Tahun lepas kami tak tengok pun.  Tahun ni kena tengok.  Perarakan dari Bowburn bermula jam 8.30 pagi bertempat di sekolah Irfan.

P1120695 P1120697P1120704  

Kami tak ikut pun perarakan tersebut sebabnya semuanya masih belum mandi & makan. Tengahari barulah kami ke bandar Durham.  Parking jauh juga sebab jalan ditutup sepanjang hari untuk perarakan. 

Ramainya manusia.  Ramai yang minum minuman keras sambil berjalan-jalan.  Ni kira pesta bagi mereka.  Semua berkumpul di padang.  Setelah berkumpul, ada ucapan dari ??? (tak pasti la pulak siapa).  kat padang berkumpul tu la mereka berpiknik.  Terdapat juga pelbagai permainan macam funfair la kiranya.  Mengelupur jugak la si Irfan nak main.  Boleh tahan mahal juga.  2 pound sekali main.  Ni ada 3 org, dah 6 pound.  Hihi.. sorry, mak korang ni kedekut sikit bab-bab mengabih duit main tak tentu pasal.  Tapi mak beli 1 fridge magnet.  Setelah memenatkan diri dan mendapat color pensil, topi & belon free, kami pun balik.

DSC_3663 DSC_3666 DSC_3671 DSC_3668 DSC_3682 DSC_3708 DSC_3697 DSC_3695 DSC_3711 DSC_3716 DSC_3703 DSC_3722

No comments: