Wednesday, July 7, 2010

Masuk semula

Hari ni mak masuk semula ke 'clean room' setelah 4 bulan tak masuk. Clean room ni dibesarkan dan di renovate. Sebenarnya tak la siap sepenuhnya. Tapi boleh la nak buat eksperimen. Suit clean room pun pakai yang mana ada dulu je. Kasut pun main sarung je.

Mula-mula masuk buat survey la. Yer la, clean room dah besar. Mana la pulak diorang letak barang-barang yang diperlukan. Masa mak masuk tu ada 2 org dalam clean room tu. Chris & Alison. Setelah jumpa bahan-bahan yang diperlukan, mak pun mulala membancuh solution. Masa tu 2 orang tu dah keluar. Tinggal mak sorang-sorang je. Kalo tinggal sorang mak biasanya akan bercakap sorang-sorang sambil dok membancuh. Tetiba mak rasa ada benda yang pelik. Ape... yer.... haaaaa..... baru mak sedar bahawa mak lupa pakai topi. Hahahah... patutla diorang tengok mak semacam je tadi. Tapi diorang tak kata apa pun. Maybe sebab mak pakai tudung jadi rambut takkan jatuh dalam clean room. Mak keluar kejap dan pakai topi. Tak lama lepas tu Chris masuk semula. Dia senyum je kat mak. Mesti dia kata mak dah sedar mak tak pakai topi. Hihi... tapi mak buat tak tau je.

Lama tak membancuh solution ni, tangan jadi kekoh. Mak bancuh tak accurate sangat pun. Just nak measure thickness nye je. Boleh la tu. Esok nak spin-coating & nak minta tolong Chris ukur ketebalan/kenipisannya.


Gambar tiada kaitan dengan tajuk.
Saja letak gambar 'boyfriend' dengan posternya masa Research Day

No comments: