Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul County Durham

Hari ini diadakan sambutan Maulidur Rasul bagi County Durham. Bertempat di Keenan House.







Tuesday, February 23, 2010

Kedai roti mak

Rotiiiiiiiiiiiiii.....roti.....................



Monday, February 22, 2010

Irfan 7




Hari ni hari jadi Irfan yang ke 7. Dah janji dari tahun lepas lagi nak buatkan kek Ben 10 untuk Irfan. Jadi mak buatla kek Ben 10 yang ada karektor 'Heatblast' & 'XLR8'. Tu dia yang pilih.

Terima kasih kepada Kak Ayu & Zizah yang turut sama membantu mak memasak. Terima kasih juga kepada yang telah hadir dan maaf juga kepada yang tak dijemput. Jemput org dekat-dekat je & rakan sekolah Irfan.

Gambar masa birtday Irfan boleh dilihat di

http://irfaniffahizzah.blogspot.com/2010/02/best-day-irfan.html







Saturday, February 20, 2010

Conteng dinding

Sekarang anak-anak sudah pandai menconteng dinding. Maklumlah, anak-anak lecturer. Nasib baik la landlord rumah ni dah cat rumah ni dengan cat yang mahal. Jadi boleh la lap je dinding dengan kain basah.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah perlu diambil bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti dilakukan ke atas dinding. Maka ayah dah belikan buku untuk anak-anak meluahkan perasaan mereka. Harap-harap dinding tak la jadi tempat mencurahkan perasaan & idea kreatif anak-anak.

Abang pun dapat buku juga



Kakak sibuk nak tulis nama kat kulit buku



Adik buat garisan dan lukis 'fridge magnet' mak





Friday, February 19, 2010

Kek Marble Tesco

Nama kek ni ialah Kek Marble Tesco. Mak guna tepung cake mix brand Tesco. Murah je harga nya. Cara buatnya pun mudah. Kek nya sedap, tak terlalu manis, gebu dan lembut. Modal untuk beli bahan-bahan lebih kurang 1 pound je dan boleh dapat kek yang saiznya lebih kurang 8 inci x 8 inci. Mak bawa kek ni untuk hidangan masa kuliah agama Bowburn.

Bahan-bahan:

1 paket Tesco sponge mix - 23 pence
2 paket Tesco chocolate sponge mix - 29 pence
3 biji telur
Air (ikut arah pada paket tu)

Cara-caranya
1) Campur bahan-bahan ikut arahan pada paket. Asingkan yang chocolate dan plain
2) Masukkan bersilang-seli antara campuran chocolate dan plain mix
3) Gunakan lidi, cucuk sikit bhg tengah dan tarik ke tepi kek. Buat ke beberapa arah bagi membentuk 'spider web'
4) Bakar dgn suhu 180C selama 30 - 45 minit.







Monday, February 15, 2010

Pondok-pondok

Anak-anak ku main pondok-pondok. Teringat juga masa kecik-kecik dulu pun ada main juga. Ngapa yer budak-budak suka main pondok-pondok????




Friday, February 12, 2010

fancy dress - Feb2010

Fancy dress. Budak-budak sekolah boleh pakai baju apa saja ke sekolah. Tapi kena kasi at least 50p sebagai kutipan derma untuk gempabumi di Haiti. Irfan sudah semestinya pakai baju Ben 10 la. Mostly budak-budak lelaki pakai baju Ben 10, Batman dan Spiderman. Budak perempuan pula masa ni la nak melawa. Dengan baju princess, snow white, cinderella dll. Tapi yang lebih-lebih nak ber fancy dress ni mesti la cikgu-cikgu. Macam-macam ada.



Ni gambar Irfan, Farhan, Amar dan cikgu kelas Mrs Foster. Yang sorang lagi tu cikgu kelas lain. Cikgu Irfan pakai baju org kerja construction. Ada cikgu yg pakai baju witch, pirate dll.

Tuesday, February 9, 2010

Lepat Pisang Perak

Sarapan pagi ni Lepat Pisang Perak. Kenapa ada perkataan Perak? Sebab orang Perak yang masak. Setakat pengetahuan Mak dan apa yang Mak belajar dari Opah, ni la cara buat lepat pisang. Tetapi lain negeri lain caranya. Ada yang letak santan dan tak ada inti dan lain-lain cara. Tapi lepat ni yang orang Perak buat. Bersamaan dengan negeri mana lg, tak pasti la. Maybe sama dengan Selangor kut. Ayah lak kata orang Pahang nye lepat just pisang & tepung.

Bahan-bahan

1) Pisang
2) Daun Pisang



3) Garam & tepung
4) Kelapa parut




Cara-caranya:

1) Lenyekkan pisang & campurkan dengan tepung gandum




2) Letakkan pisang di atas daun pisang dan letakkan kelapa parut yang telah dicampur garam ditengah-tengah pisang tersebut.




3) Gulung, lipat dan bolehla dikukus kira-kira 15-20 minit.




4) Bolehla dimakan. Masak la banyak sikit. Boleh kasi jiran tetangga.




Monday, February 8, 2010

Ramalan cuaca

Hari ni I ke school macam biasa. Tak tau nak buat apa. Report dah hantar dan kena tunggu komen dari 2nd SV. Nak buat eksperimen pun tak boleh sebab kena tunggu report settle. Apa-apa pun semua tunggu result dari report tu.

Khabarnye UK akan snow kembali. Tapi lain forecast lain pulak ramalannya. Ramalan cuaca untuk beberapa hari ni untuk Durham dari pelbagai sumber.

1) The weather channel




2) Accuweather



3) BBC weather



BBC & weather channel meramalkan hari Khamis snow tapi Accuweather meramalkan hari ni akan snow. Kita tunggu dan lihat.

Saturday, February 6, 2010

Kursus Asas Fotografi

Kursus Asas Fotografi telah diadakan di rumah ZBZ pada hari ini. Pihak penganjur (ZBZ catering) amat berbesar hati dengan kehadiran peserta yang begitu bersemangat untuk belajar. Begitu juga dengan kehadiran Profesional Photographer Pak Nip, amatlah dialu-alukan. ZBZ catering ni cam dah kena tukar nama lepas ni.

Banyak ilmu yang telah dipelajari. Jadi tak la rasa membazir beli kamera mahal tapi tak tau guna. Cuma nak pandai tu.. tak la dalam masa sehari. Kena rajin praktis la pulak lepas ni.
Sedikit gambar sekitar kursus semalam.

Pak Nip
Students
Kamera biasa pun boleh. Klik-klik
'Camni nak setting'
Ibu dan anak-anak
'Mak cik kantin' pun tumpang 2 kaki.
Makan time
Junior instructor

Thursday, February 4, 2010

Belanja suami



Hari ni belanja suami makan di Restoran Al-Basha, Newcastle. Dah banyak hari dia masak. Ni 1st time ayah masuk restoran ni. Selalu nya, ayah tunggu dalam kereta je dan mak yang gi beli. mak yang belanja tapi pakai duit ayah. hihi..