Saturday, February 20, 2010

Conteng dinding

Sekarang anak-anak sudah pandai menconteng dinding. Maklumlah, anak-anak lecturer. Nasib baik la landlord rumah ni dah cat rumah ni dengan cat yang mahal. Jadi boleh la lap je dinding dengan kain basah.
Walaubagaimanapun, langkah-langkah perlu diambil bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti dilakukan ke atas dinding. Maka ayah dah belikan buku untuk anak-anak meluahkan perasaan mereka. Harap-harap dinding tak la jadi tempat mencurahkan perasaan & idea kreatif anak-anak.

Abang pun dapat buku juga



Kakak sibuk nak tulis nama kat kulit buku



Adik buat garisan dan lukis 'fridge magnet' mak





No comments: