Wednesday, May 27, 2009

Hearing Test

Hari ni Izzah & Iffah buat Hearing Test (Ujian Pendengaran) di Chester Le Street Community Hospital. 15 minit driving dari rumah. Kalau kat UK ni ujian ni dibuat kepada baby yang baru lahir. Tapi since kami tak pernah buat di M'sia dulu. Diorang offer. Free ok je. Iffah nya test ok. Pass. Izzah nya pulak telinga sebelah kiri dia agak kurang response. Dia response pada certain bunyi je. So tester tu refer kan Izzah untuk di periksa dengan pakar telinga pulak. Tapi dia kata maybe sebab Izzah kecil dan development dia tak sepenuhnya lagi. Apa-apa pun tunggu next appointment dgn doktor pakar telinga untuk buat details test dsbnya. Next appoint dalam 4 - 6 minggu. Biasala, kes tak urgent. Kena tunggu lama sikit la. Sama je cam kat M'sia. Doakan semuanya ok.

Lupa lak nak suruh dia test telinga Irfan gak. Sebabnya selalu, mak panggil macam tak dengar je (Buat-buat tak dengar la tu).





Gambar di bilik menunggu. Kami datang 45 minit awal. Tunggu dalam 10 minit.
Sempat la bebudak ni main mainan di situ.






Izzah melawa hari ni. Pakai gaun. Selalu pakai seluar je.




1 comment:

da_imanz said...

irfan tuh buat2 xdgr jer..bukan nyer xdgr...
hahahahahahha