Dah 2 hari mak tak gi school. Kasi chan kat ayah. Hari ni dia dia mengadap supervisor dia. Kena present sikit pasal paper yang dia baca. Ayah kena baca 6 paper seminggu, buat summary & present kat supervisor..
Seperti yang dijanjikan semalam, mak buat cakoi hari ni. Ni nak kasi resepi cakoi dan resepi kaya semalam.
Resepi cakoi
Bahan-bahan (A):
- 1 cawan tepung roti
- 1.5 cawan tepung biasa
- 1/2 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil gula
Bahan-bahan (B):
- 1/2 sudu kecil gula
- 2 sudu besar air suam
- 1 pek ( 7 g) yis kering segera
Bahan-bahan (C):
- 1 cawan air suam
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Ayak bersama bahan-bahan A kedlm mangkuk mixer.
- Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan B dan biarkan selama 10 minit sehingga yis berbuih
- Dlm bekas lain, campurkan bahan-bahan
- Curahkan bahan B ke dalam tepung dan uli dgn mixer.
- Masukkan bahan C sedikit demi sedikit hingga terbentuk doh
- Tutup dengan plastik dan biarkan sehingga doh mengembang 2 kali ganda (dalam 1 jam)
- Tumbukkan doh untuk buang angin dan uli semula kemudian canai menjadi btk 4 segitepat
- Potong menjadi beberapa jaluran
- Ambil satu jaluran, sapu dgn sedikitt air atasnya kemudian ambil lagi satu jaluran letakkan atas jaluran pertama tadi, tekan sedikit biar melekat
- Ulang hingga doh habis
- Panaskan minyak, ambil jaluran/kepingan yg berkembar tadi, tarik sedikit kemudian goreng sehingga keperangan
- Cakoi akan mengembang masa goreng 2-3 kali ganda dari saiz asal
Resepi Kaya
Bahan-bahan
- 2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 500g santan pekat
- 5 biji kuning telur
- 2 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn sedikit air)
- 1 helai daun pandan
Cara-cara
- Campur gula dan air dlm periuk jadikan gula hangus.
- Bila gula dah kekuningan masukkan santan pekat dah kacau sebentar hingga gula larut.
- Biarkan sejuk betul2.
- Bila santan dan gula hangus tadi dah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastard dan daun pandan. Kacau diatas api yg sederhana hingga mendidih. Bila sejuk kaya ni akan pekat.
No comments:
Post a Comment