Sunday, November 20, 2011

Friday, November 18, 2011

Lumiere

 

Kami sekeluarga ke Lumiere.  Ramai sungguh orang tahun ni tak seperti tahun lepas.  35 tempat dibuat pelbagai pameran tetapi tak semua dapat kami pergi.  Kami sampai kira-kira 6.30 ptg dan balik hampir pukul 12 malam.

DSC_1592DSC_1709DSC_1722DSC_1680DSC_1881DSC_1934DSC_1743DSC_1849DSC_1740DSC_1956

Tuesday, November 15, 2011

Carpet, vakum & art exhibition

 

Hari ni ruang tamu rumah kami ditukar dgn carpet baru.  Masa baru dok rumah ni memang carpetnya baru dan cantik.  Tapi biasala dah 3 tahun.  Macam-mana ada atas carpet.  Carpet dah tak de rupa.  Mak complain kat landlord kata carpet dah semakin nipis terutamanya depan TV.  (Actually nak kata carpet dah kotor).  Landlord kata nanti dia ganti yg baru. 

Ingatkan nak ganti sebuah rumah, tapi rupanya dia ganti ruang tamu je sebab komplen kata nipis tu di ruang tamu.  Boleh je la.  At least dapat gak yg baru.  Lg pun kalo ruang tengah tu yang nak di tukar, lagi byk benda nak kena angkat, peti ais, almari dll.   Cukuple tu alhamdulillah.  At least landlord nak layan permintaan tukar carpet.

Dia juga tukarkan kepala paip yang dah longgar, penyangkut shower yang dah patah dan berikan kami vakum 'Henry;.  Suka dapat Henry…..

 

P1170070P1170072

Petang tu di sekolah Irfan ada pameran lukisan anak-anak.  Boleh beli lukisan £ 6.  Duit tu di derma kepada charity sekolah.  Tema lukisan Irfan adalah mengenai Mesir.  Masa tu diorang belajar tentang Mesir, piramid dll.  Jadi itulah tema lukisannya.  kelas lain dengan tema yang lain.

 

P1170075P1170076

Monday, November 14, 2011

Techno-cafe


Ni techno-cafe di school.  Tempat untuk discussion + study + makan + minum.  Disediakan komputer disetiap meja.

P1170060P1170064

Saturday, November 12, 2011

Santa di Dalton Park


Perasmian Shopping fair sempena christmas di Dalton Park.  Bawa Anis pergi shopping sambil tumpang sekaki shopping.  Dapat le beli baju £ 5 sehelai.

DSC_1489DSC_1582
DSC_1463DSC_1465

Thursday, November 10, 2011

Tortilla Piza

 

Mak buat Tortilla Piza.   Memang biasa buat.   Anak-anak mak sangat suka sebab ianya lembut.  Ni mak kasi 2 versi resepi tortilla piza ni.

Tortilla Piza (versi grated cheese)

4 keping Tortilla

Sosej dipotong kecil-kecil

Tomato Puri

Tomato sos

Grated cheese (Cheedar/mozarela)

Oregano

Pada tortilla pertama : letak tomato puri & sos tomato.  Ratakan dan letak sedikit cheese.

Letakkan tortilla ke 2 di atasnya dan ulang cara tadi sehingga tortilla terakhir.

Pada lapisan tortilla terakhir selepas di sapu sos seperti lapisan tadi, taburkan sosej, cheese dan akhir sekali oregano.

Bakar dalam oven suhu 180’C selama 15 minit.

 

Tortilla Piza (versi sliced cheese)

Versi ini dibuat sebab grated cheese & sosej dah habis.  Jadi Mak gantikan dengan sliced cheese & salami

Bahan-bahan adalah sama seperti di atas cuma Grated cheese diganti dengan sliced cheese dan sosej diganti dengan salami.  Salami itu dihiris panjang-panjang.

Cara membuatnya adalah sama cuba cara meletak/menghiasnya berbeza.

 

DSC_1457DSC_1458

Monday, November 7, 2011

0’C & music workshop

 

Hari ini suhu di Durham mencapai menurun hingga 0’ Celcius.  Jadi bawa Anis ronda-ronda menikmati kesejukkan Durham.  Kami ke ruang pameran ‘Durham World Heritage’ dan juga ke Cathederal, melihat tempat shooting filem Harry Potter.

DSC_1331DSC_1348DSC_1379DSC_1395

Tengahari itu ada music workshop di sekolah Iffah & Izzah.  Menyanyi sambil melakukan pelbagai aksi.  Ibubapa pun turut serta.  Izzah dah mengantuk ketika itu & Iffah sangat gembira.

 

DSC_1400DSC_1410DSC_1420DSC_1437DSC_1444DSC_1446DSC_1448