Mak buat Tortilla Piza. Memang biasa buat. Anak-anak mak sangat suka sebab ianya lembut. Ni mak kasi 2 versi resepi tortilla piza ni.
Tortilla Piza (versi grated cheese)
4 keping Tortilla
Sosej dipotong kecil-kecil
Tomato Puri
Tomato sos
Grated cheese (Cheedar/mozarela)
Oregano
Pada tortilla pertama : letak tomato puri & sos tomato. Ratakan dan letak sedikit cheese.
Letakkan tortilla ke 2 di atasnya dan ulang cara tadi sehingga tortilla terakhir.
Pada lapisan tortilla terakhir selepas di sapu sos seperti lapisan tadi, taburkan sosej, cheese dan akhir sekali oregano.
Bakar dalam oven suhu 180’C selama 15 minit.
Tortilla Piza (versi sliced cheese)
Versi ini dibuat sebab grated cheese & sosej dah habis. Jadi Mak gantikan dengan sliced cheese & salami
Bahan-bahan adalah sama seperti di atas cuma Grated cheese diganti dengan sliced cheese dan sosej diganti dengan salami. Salami itu dihiris panjang-panjang.
Cara membuatnya adalah sama cuba cara meletak/menghiasnya berbeza.
2 comments:
sedapnya nmpk tortilla pizza tu. kemas sgt hiasan. harus cuba ni. kdg2 tortilla kat umah ni dah dkt2 expiry date tp xde rasa nk mkn (slalu nya cicah kuah kari). lps ni nak try wat ala2 pizza, mesti cpt laku sket. thanks kak zarina.
Buat je pizza, 1 pizza 4 tortila. I paket tortilla boleh dpt 2 pizza. Boleh bawa bekal pergi jalan-jalan. Dah sejuk pun masih lembut lagi...
Post a Comment