Pagi ni dapat surat dari Day Surgery Unit University Hospital. Ada 2 surat. Satu untuk appointment pre-operative assessment (For MRSA swabs only). Tak de pun explain apa itu MRSA swab. Google.. dah jumpa.
Surat ke 2, tarikh, masa & person in-charge untuk admitted di hospital untuk operation. Tak de le pulak cakap untuk operation apa. Isnin nanti kena gi jumpa GP tanya. Tapi try le jugak search nama person in-charge tu. rupanya dia Consultant Urological Surgeon. So sendiri agak la.
Tapi tarikh operation tu macam tak sesuai. Ada borang untuk diisi samada setuju dengan tarikh tu atau nak minta tukar tarikh lain. Tapi takut lambat sangat pulak. Nak call le tanya kut-kut ada tarikh lain yang sesuai. Kesian kat anak-anak memerap kat rumah summer ni.
Petang ni BP jadi 148/88. Biasala… orang penakut. Tu pasal tak boleh jadi Medical Dr. Tapi nak cuba jadi PhD Dr. Entah la…