Wednesday, May 11, 2011

Sakit–tak sakit

 

Setelah hampir sebulan sakit kat bhg pinggul/pinggang dan kawasan sekitarnya, mak pergi jumpa GP.  Dr Pollard suruh mak pergi ke hospital Sunderland Accident & Emergency.  Sampai sana tengok waiting time 4 hours. Haaa… nasib baik la orang tak ramai.  Lepas tunggu 30 minit, mak terus dipanggil.  Dipendekkan cerita, sebab tak de bawa kamera jadi tak de gambar, selepas 4 jam, mak dibenarkan balik.  Sebenarnya doktor suruh masuk wad.  Tapi dia kasi jugak option kalau nak balik pun boleh juga, tengok keadaan mak macam mana.  Akhirnya dapat balik.  Tapi tak selesai lagi.  Keputusan darah, air kencing & X-ray, diorg hantar ke GP.  Next week la jumpa GP.  Sakit ni pulak, kekadang sakit tapi kekadang tak sakit.

No comments: