Hari ni Hanis balik Malaysia setelah 3 bulan di UK.
Monday, March 28, 2011
Saturday, March 26, 2011
Saturday, March 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Bunga Crocus
Bunga yang awal kembang, menandakan musim bunga telah bermula. Ada warna ungu, putih & kuning. Lokasi tepi jalan berhampiran Sport Centre (Durham University).
Hari lanun
Hari ni Comic Relief dgn tema pirates. Iffah pergi sekolah dgn baju pirates. Cikgu pun pakai baju pirates. Mane le ada baju pirates + memang malas la nak beli. Mak cukup tak berkenan dengan gambar tengkorak. Apa-apa pun.. boleh je la.
Friday, March 11, 2011
Karipap bakar
Mak buat karipap hari ni. Resepi sama je macam karipap biasa cuma mak tak goreng. Mak sapukan minyak zaitun pada karipap tu dan bakar selama 20 minit (180’C). Terbalikkan selepas 10 minit.
Saturday, March 5, 2011
Kembara London
Dari Cambridge, kami ke London. Inilah kali pertama kami ke London. Dah lama Irfan tanya bila nak pergi London. Ini kerana di sekolah Irfan belajar pasal Olimpik 2012 di London. Katanya kebanyakkan rakan sekelasnya dah pernah pergi ke London. Oklah, dari Cambridge ke London dalam 1.5jam.
Sampai di London kami terus ke rumah Kak Umi. Kami menyewa bilik 70 pound di rumah Kak Umi. Kak Umi ni orang Malaysia yang dah lama menetap di London. Rumah Kak Umi berada di Zon 1 dan berhampiran dgn stesen tube Edgware Rd. Restoran halal pun banyak di Edgware Rd tu. Parking Sabtu/Ahad free. Cari le parking di kawasan persekitaran itu. Breakfast self-service, tapi Kak Umi dah sediakan roti, telur, susu, cereal, teh, kopi dll. Pandai-pandai le buat sendiri. Kalau nak masak pun boleh. Bahan asas boleh beli kat Tesco Metro Paddington yang betul-betul depan rumahnya. Boleh contact Kak Umi di http://umilondon.blogspot.com/
Kemudian kami ke Madame Tussauds. Mak beli Combination ticket Madame Tussauds dan London Eye di http://www.madametussauds.com/London/BuyTickets/TicketOptions/LondonEyePackage/Default.aspx
Kemudian kami naik Big Bus ronda 1 London. http://www.bigbustours.com/eng/london/custompage.aspx?id=london_sightseeing_tour&gclid=
Hari ke 2, kami naik river cruise dan juga London Eye. Kemudian kami ke Malaysian hall untuk makan dan solat. Akhir sekali balik la ke Durham.