Mak menghadiri 7th International Thin-film Transistor Conference di Cambridge. Angkut satu keluarga. Kami bermalam di Premier Inn North (Girton). Mak telefon tanya boleh bawa anak 3 orang tak? Dia kata boleh, jadi kami pun sewa Premier Inn la. £230 untuk 3 malam.
Kami sampai ke Cambridge lebih kurang pukul 5 ptg. Lepas check in, kami keluar. Banyaknye basikal di Cambridge. Siap ada lorong khas untuk orang berbasikal. Kt Durham ada jugak basikal tapi tak de la sebanyak di Cambridge. Durham terlalu berbukit kut. Banyak sorong basikal je nanti. Kami pusing-pusing bandar je dulu. Mak call Tee, rakan sekerja di Msia yang sedang study di Cambridge U. Tanya tempat makan halal. Dia cadangkan kami ke beberapa restoran. Ada 3 yang dia cadangkan. Cukupla 3 malam kami di Cambridge, boleh try 3 kedai makan. Kebanyakkan kedai halal terletak di Mill Road. Ada yang sedap, ada yang kureengg. Ridwan (CB1 2AW), Sweet N Spicy (CB1 2BD), Bosphorus (CB1 2AS).
Conference 2 hari. Mak present poster je. Sementara itu ayah bawa anak-anak jalan-jalan bandar Cambridge naik bas Park & Ride. Kalo ayah le yang conference, mesti mak dok je kat hotel. Tak berdaya nak bawa 3 orang anak kecikkecik ni jalan sorang-sorang. Petang, selepas conference, baru le pergi jalan-jalan bersama Tee.
Hari ke 2, baru mak ada masa free. Mak tak join lunch. Pergi ber 'punting'. Kami bayar £25 untuk 1 keluarga dan 1 punt. Ni kira punt persendirian. Kalo yang dibawah company harga di antara £36 - £42 untuk 1 keluarga. Kalo nak naik punt, jangan terus ambil offer. Tanya dulu dari pelbagai company untuk mendapat harga yang lebih rendah.
Cantikla Cambridge ni. Bangunan lama yang terdiri dari pelbagai college. Kami masuk Clara college sebab free. Kalau King College kena bayar 4.50 pound. Bukan tak mampu bayar cuma masa tak mengizinkan.
No comments:
Post a Comment