Sunday, November 28, 2010

Balik kampung

Kami balik kampung hari ini.

Durham – Newcastle – Dubai – KL

Suhu : Durham –4’C  , KL 26’C

P1140166P1140168

Durham

 

P1140172P1140178

Newcastle

 

P1140182P1140183

Di udara (bhg 1)

P1140185P1140188

Dubai

 

P1140192P1140197

Di udara (bhg 2)

P1140202P1140198

Dah sampai KL

Saturday, November 27, 2010

Snow : Day 2

Hari ni Sabtu, mak cadang nak keluar untuk beli barang2 tambahan bagi memenuhkan beg kami yang masih ringan. Tapi snow turun mencurah-curah. Semapat pegi main sledge dulu. Ingatkan sebelah petang ok la. Tapi nampaknya semakin lebat. Terpaksala hasrat di batalkan, setakat ini je la rezeki org Msia, buah tangan dari kami. Tapi kalau bawa snow balik mesti cukup berat punya.

Menu petang ini, snow ABC.

Bahan-bahan:

Fresh snow (ambil atas bumbung kereta masa snow sedang turun)
Sirap bergula
Susu cair
Kacang tumbuk








Friday, November 26, 2010

Snow : Day 1

Hari pertama snow. Tahun ni snow dtg lebih awal dari tahun-tahun lepas. Mungkin doa Irfan kut utk main snow sebelum balik kampung. Irfan tetap ke sekolah. Mak ke school sebab nak siapkan kerja. Iffah tak ke sekolah sebab hidung berdarah. Ayah jaga Iffah & Izzah & main snow. Mak memerap kat lab di school sambil tengok snow kat tingkap je. Kemudian mak ke bandar Durham utk pelbagai urusan.



Friday, November 19, 2010

Kakak Azna & Kakak princess



Hari ni kakak Azna & Kakak Putri beraya ke rumah kami. Mak bawa mereka jalan-jalan di Durham. Lain kali datang lagi, kita ke Newcastle lak...


Aidiladha Durham @ Al-hidayah TV3



Hari ni keluarlah muka kami kat siaran program Al-hidayah TV3. Kami sendiri pun belum tengok lagi. Hanya tahu dari saudara mara je. Nanti balik Msia baru nak tengok. Siapa nak tengok boleh tengok kat TV3 online, Al-hidayah siaran 19 Nov 2010. Ni gambar sekitar rakaman tersebut.






Wednesday, November 17, 2010

Parents evening - Iffah



Mak jumpa Mrs Gillham. Dia kata Iffah well settle. Tak de masalah. Iffah suka duduk kat atas paha cikgu. Iffah tak malu untuk panggil cikgu, tepuk-tepuk paha cikgu or tarik tangan/baju cikgu untuk cakap sesuatu. Cikgu kata dia faham cakap Iffah w/pun kekadang mak sendiri pun tak faham. Ok la.. tu... Macam Irfan jugak, cikgu kata Iffah suka ajar kawan-kawan. Dah anak lecturer kan... cam tu la...

Tuesday, November 16, 2010

Aidiladha 2010

Salam Aidiladha.

Mak dan ayah sibuk menguruskan persiapan sambutan raya durham_my. Mak & ayah juga sibuk dengan kerja-kerja di makmal. Tak berapa ada mood nak bergambar. Kami tak ambil gambar keluarga pun. Mana yang ada je la...




Monday, November 8, 2010

Tiramisu flan




Hari ni mak buat tiramisu guna flan. Selalu guna sponge finger. Saja je tukar selera. Disamping itu mak tambah juga custard.

Bahah-bahan:

Double cream
Mascarpone cheese
Ready made custard
Cocoa powder
Nescafe
Gula
Flan



Cara-cara:

Campurkan double cream, custard & mascarpone. Pukul hingga kembang. Masukkan gula sesudu & pukul lagi.



Tuangkan nescafe yang telah dibancuh air panas ke atas flan dan sapukan adunan tadi. Taburkan cocoa powder.



Letakkan satu lagi flan dan ulangi proses di atas. Letakkan la seberapa flan yang dikehendaki tapi mak letak 2 je. Litupi semua permukaan flan tadi dan tabur cocoa powder. Letak dalam peti sejuk selama se jam dan kemudian bolehla di makan.



Sunday, November 7, 2010

Perarakan Santa Claus

Dah dah krismas ni macam-macamla acara. Kami bukan nak join pun. Tapi dah lalu depan kami, ambik je la gambar. Santa Claus tak boleh nak terbang, berarak je la.