Saturday, October 30, 2010

Great North Museum Hancock

Cuti sekolah 1 minggu. Kesihan anak-anak mak memerap dok kat rumah. Orang lain melancong ke sana kemari. Ni la nasib anak-anak yang mak ayahnya pun sekolah jugak. Tapi sekolah yang tak de cuti sekolah. Tapi masa mak kecik-kecik dulu pun, cuti sekolah mak banyak memerap kat rumah jugak. Lagi la zaman tu tak de internet kan.... Opah dan tok tak mampu nak bawa kami jalan-jalan. Ada la sekali sekala jalan. Tapi mak tak kisah pun, dah besar boleh gi jalan sendiri. Lagi best kalo dapat bawa opah dan tok. Jika dulu tak mampu dari segi kewangan tapi sekarang dari segi kesihatan. Opah kata baik sponser Opah gi Mekah dari sponser Opah gi UK. Mana-mana la.

Balik ke cerita anak-anak Mak ni. Sebenarnya mak memang ada plan nak bawa gi jalan jauh-jauh sikit waktu cuti sekolah ni. Tapi sebab plan dah berubah untuk jalan ke tempat yang jauh lagi dirindui, maka kena la jimat-jimat le sikit. Banyak lagi duit nak pakai buat belanja.

Jadi kami pergi tempat yang dekat je. Kami ke Museum Hancock, Newcastle. Terasa macam cerita Night at the Museum le pulak. Tapi kami pergi waktu siang. Jadi ok la. Ada orang kata muzium ni untuk ahli sejarah je. Tapi bagi mak, muzium ni memang sesuai untuk semua orang. Masuk pun free, ok je........






Dalam planeterium







Tuesday, October 26, 2010

Jug/kettle elektrik



Kettle putih ni yang lama. Pemberian Bro Zakariya waktu mula-mula kami sampai. Ingat lagi pagi tu, hari ke 3 kami di UK. Bro Zakariya datang ke rumah menghantar nasi beriani. Dia juga tanya apa lagi yang tak ada. Kami kata kettle. Sebelum tu kami masak dalam periuk je. Maklumlah kereta tak ada lagi. Susah nak keluar dan tak tau nak beli kat mana pun. Bro Zakariya pulang ke rumah dan datang semula membawa kettle ni. Dia kata dia ada 2 kettle jadi kasi kami satu. Terima kasih banyak-banyak. Hampir 2 tahun kettle ni berkhidmat kepada kami.

Akhir-akhir ini memang kettle ni sudah menunjukkan masalah. Tapi kami masih terus menggunakannya. Sehinggalah pagi ni, bila ianya tidak boleh berfungsi langsung. Oleh itu kami terpaksala membeli kettle baru. Kebetulan pula ada offer kettle di Argos sempena Krismas, jadi kami ambil la peluang untuk memberi kettle baru. Harap-harap ianya dapat berkhidmat lama dengan kami.

Tuesday, October 19, 2010

Kuda

Iffah dah lama minta mak belikan kepala kuda ni. Tapi mak tak belikan sebab mak 'takut' la tengok kuda ada kepala je. Beberapa hari lepas dapat brg freecycle dari Midah termasukla kuda tu. Maka 2 beradik ni naik la kuda tu dalam rumah.

Friday, October 15, 2010

Pulang

Selamat pulang jiran sebelah rumah ku... Kak Ayu sekeluarga..... Kenangan indah bersama tetap dalam ingatan. Semoga berjumpa lagi.....



Thursday, October 14, 2010

Resepi soto Mak



Dah lama jugak mak tak mem'blog'. Bukannya ape... sebab kamera kecik mak hilang dalam simpanan. Tapi dah jumpa dah balik. Jadi boleh la sambung memblog.

Hari ni mak nak kongsi resepi kuah soto Mak. Dah lama orang tanya, bukannya rahsia tapi sebab Mak ni jenis masak 'campak-campak' dan rasa 'agak-agak' je. Tu yang susah le sikit nak tulis detail. Bagi Mak masakan berlauk ni bukan macam masak kek, kena sukat betul-betul. Kalo tak tak menjadi. Masak lauk ni hanya rasa kat lidah je. Kalo sedap... kira ok la... Kalo tak sedap..... lain kali tak yah makan kat rumah Mak lagi. Gi makan kan rumah orang lain. hihi....

Resepi ni untuk masakan sebanyak 20 liter kuah. Mak tak pernah buat sikit-sikit. Pandai-pandai la korang adjust untuk makanan sekeluarga. Perkara yang penting, kuah ni mestila di masak sehari sebelum 'majlis/jamuan' yang nak diadakan tu. Tapi kalo nak makan sekeluarga je tak yah la kena tunggu esoknya pulak baru nak makan. Dah masak bedal je.

Rempah pulak mak guna rempah sup + kurma. Tapi kalo korang ada rempah soto sharifah ke.. atau apa sahaja rempah soto. Lagi bagus. Ikut je arahan dia. Tak yah tengok resepi mak. hihi...

Bahan-bahan

5 sudu besar rempah sup. (bubuh mumbung atau membukit/dalam separuh paket yang besar)
1 sudu besar rempah kurma. (mumbung jugak...mumbung ni bahasa mana tak pasti lak, Perak kut)
9 batang serai. (Dititik @ di ketuk - jangan kedekut serai, lg byk lg bagus)
5 inci halia. (Diketuk)
3 inci lengkuas. (Diketuk)
5 biji bawang besar. (sebiji yang besar penumbuk, kalo korang punya bawang kecik, pandai2 la tambah)
1 labu bawang putih. (Bawang putih & bawang merah dikisar)
3 batang kulit kayu manis
9 biji buah pelaga
9 kuntum bunga cengkih
9 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)
9 biji buah keras (ditumbuk)
1/2 cawan santan kelapa
garam
3 kuib pati ayam (optional)
Minyak untuk menumis
10 bhg peha ayam
1 ekor ayam pencen @ ayam kecik

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.
2. Masukkan serai, halia, lengkuas dan bawang. Tumiskan bawang hingga agak garing, kekuningan
3. Masukkan rempah sup & kurma. Tumis sekejap.
4. Masukkan air 10 liter. Masukkan paha ayam dan ayam. Biar mendidih.
5. Keluarkan paha ayam sahaja. Paha ayam tu bolehla digoreng@dipanggang. Disiat-siat untuk dimakan bersama soto.
6. Kuah tadi, masukkan 10 liter air lagi. Masukkan buah keras, lada hitam dan kiub pati ayam dan biar mendidih.
7. Sesudah mendidih, masukkan santan dan garam. Dah siap...


Bahan lain untuk dimakan bersama kuah soto
1) kacang tanah yang digoreng
2) nasi impit
3) bihun
4) mee
5) daun sup & daun bawang
6) kicap pedas (kicap + cilipadi + bawangputih +gula = dikisar)
7) Su un goreng
8) Taugeh yang dicelur
9) Bawang goreng
10) Begedel (yang ni Mak suka tapi malas& tak pernah buat pun)

Tu je la cara Mak buat kuah soto. Sama cam masak sup je pun...





Sunday, October 3, 2010

Beraya di Leeds & Sheffield

Dah lama kami tak keluar dari North East ni. Kali terakhir keluar pun bulan Mac lepas. Ni dah Oktober. Maknanya dah 7 bulan kami tak keluar dari North East yang kecik ni. Dok memerap je kat Durham. Ok la kami keluar dari Durham dan beraya.

Kami ke Leeds ke rumah Azna. Azna ni adalah anak kepada my cousin Kak Nor & Abg Muzammil. Baru 1 week sampai untuk buat Medic. Dr Azna la lepas ni. Ok selamat belajar. Rendang pedas Perak untuk juadah orang-orang bujang.



Kemudian kami ke Sheffield beraya di rumah Su, Juju, Lokman dan bermalam di rumah Kak Ayu. Esoknya berada di rumah Kak Wan (lupa ambil gambar) dan ke Leeds semula ke rumah Zahriladha.




Seronoknya jumpa kawan-kawan. Tapi ramai yang dah nak balik dah. Jumpa lagi di Malaysia.