Thursday, October 14, 2010

Resepi soto Mak



Dah lama jugak mak tak mem'blog'. Bukannya ape... sebab kamera kecik mak hilang dalam simpanan. Tapi dah jumpa dah balik. Jadi boleh la sambung memblog.

Hari ni mak nak kongsi resepi kuah soto Mak. Dah lama orang tanya, bukannya rahsia tapi sebab Mak ni jenis masak 'campak-campak' dan rasa 'agak-agak' je. Tu yang susah le sikit nak tulis detail. Bagi Mak masakan berlauk ni bukan macam masak kek, kena sukat betul-betul. Kalo tak tak menjadi. Masak lauk ni hanya rasa kat lidah je. Kalo sedap... kira ok la... Kalo tak sedap..... lain kali tak yah makan kat rumah Mak lagi. Gi makan kan rumah orang lain. hihi....

Resepi ni untuk masakan sebanyak 20 liter kuah. Mak tak pernah buat sikit-sikit. Pandai-pandai la korang adjust untuk makanan sekeluarga. Perkara yang penting, kuah ni mestila di masak sehari sebelum 'majlis/jamuan' yang nak diadakan tu. Tapi kalo nak makan sekeluarga je tak yah la kena tunggu esoknya pulak baru nak makan. Dah masak bedal je.

Rempah pulak mak guna rempah sup + kurma. Tapi kalo korang ada rempah soto sharifah ke.. atau apa sahaja rempah soto. Lagi bagus. Ikut je arahan dia. Tak yah tengok resepi mak. hihi...

Bahan-bahan

5 sudu besar rempah sup. (bubuh mumbung atau membukit/dalam separuh paket yang besar)
1 sudu besar rempah kurma. (mumbung jugak...mumbung ni bahasa mana tak pasti lak, Perak kut)
9 batang serai. (Dititik @ di ketuk - jangan kedekut serai, lg byk lg bagus)
5 inci halia. (Diketuk)
3 inci lengkuas. (Diketuk)
5 biji bawang besar. (sebiji yang besar penumbuk, kalo korang punya bawang kecik, pandai2 la tambah)
1 labu bawang putih. (Bawang putih & bawang merah dikisar)
3 batang kulit kayu manis
9 biji buah pelaga
9 kuntum bunga cengkih
9 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil lada hitam (dikisar halus)
9 biji buah keras (ditumbuk)
1/2 cawan santan kelapa
garam
3 kuib pati ayam (optional)
Minyak untuk menumis
10 bhg peha ayam
1 ekor ayam pencen @ ayam kecik

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang.
2. Masukkan serai, halia, lengkuas dan bawang. Tumiskan bawang hingga agak garing, kekuningan
3. Masukkan rempah sup & kurma. Tumis sekejap.
4. Masukkan air 10 liter. Masukkan paha ayam dan ayam. Biar mendidih.
5. Keluarkan paha ayam sahaja. Paha ayam tu bolehla digoreng@dipanggang. Disiat-siat untuk dimakan bersama soto.
6. Kuah tadi, masukkan 10 liter air lagi. Masukkan buah keras, lada hitam dan kiub pati ayam dan biar mendidih.
7. Sesudah mendidih, masukkan santan dan garam. Dah siap...


Bahan lain untuk dimakan bersama kuah soto
1) kacang tanah yang digoreng
2) nasi impit
3) bihun
4) mee
5) daun sup & daun bawang
6) kicap pedas (kicap + cilipadi + bawangputih +gula = dikisar)
7) Su un goreng
8) Taugeh yang dicelur
9) Bawang goreng
10) Begedel (yang ni Mak suka tapi malas& tak pernah buat pun)

Tu je la cara Mak buat kuah soto. Sama cam masak sup je pun...





2 comments:

ayu said...

entah kapan la bisa merasa lagi soto mak yg sedap ni...zarina tkasih dan maaf utk semuanya.slmat meneruskan perjuanganphd..moga dimudahkan segalaurusan

catz said...

sedapnyaaaa.
nak le....tiba2 aku rasa nak masak,
hik,.