Friday, May 28, 2010

Pengukuran arus & voltan dalam suhu yang berlainan

2 hari lepas, I sibuk membuat latihan pengukuran. Sebelum ni memang pernah buat pengukuran arus dan voltan bagi peranti transistor yang I buat. Tapi ujian sebelum ni dalam suhu bilik. Kali ni pulak nak buat pengukuran dalm suhu yang berlainan. Kena belajar lagi peralatan baru. Banyaknya kena belajar.

Yang tolong tunjukkan cara guna peralatan ni ialah budak PhD juga. Dia pun tak berapa fasih lagi tentang peralatan ni. Dia ajar pun sambil tengok nota dia. Memang banyak betul peralatan. I pun kalo orang suruh ajar mesti tengok nota. Kena tengok nota sebab tak faham cam mana peralatan tu berfungsi + tak berminat nak faham (tak senonoh betul kan...) Yang mahir segala peralatan-peralatan ni ialah RA yang kat lab-lab ni. Sebut je ape je peralatan, semua diorg tau nak guna dan tau nak repair. Yer la dah 20 tahun dok mengadap benda-benda ni. Memang patutla.

Peralatan ni nampak buruk je. Boleh harap ke??? Durham ni universiti ke 3 tertua di UK. Tah..tah I tak lahir lagi peralatan ni dah ada. Lama tak lama... ukur dapat nilai dah ok la tu. Bukannya examiner nak tanya peralatan apa yang digunakan. Nak tau result je. Tapi walaupun lama, peralatan ni di calibrate. Jangan main-main... Jadi kebolehpercayaan terhadap keputusannya, boleh la di percayai.

2 hari buat pengukuran, balik sakit2 badan. Bukan angkat benda berat pun tapi sebab tension kut. Tekanan/tension. Tension dengan bunyi motor yang bising dari peralatan ni. Ngiiiinggg...ngiiiinggg... Dari pagi sambil petang....


Tong silinder warna coklat tu ialah gas helium. Kalau bawa belon boleh isi angin kan. Yang kiri sekali tu, bawah : voltan yang dimasukkan, atas : nilai arus yang di ukur. Yang ada bacaan warna merah ditengah ni, suhu yang dikawal. Bawah meter suhu tu, meter tekanan.


Peralatan ditentukur (calibrate)


Peranti I dok dalam batang yang tengah tu. Corong tu pulak tempat nak tuang 'Liquid Nitrogen' setiap 15 minit. Tiub tu pulak untuk keluarkan liquid nitrogen jika berlebihan.


Minggu depan kena buat lagi untuk sample yang lain pulak.... Nggggiiinngggg

2 comments:

teman said...

caiyok2.. org yg baca lagi xfaham.. gud luck sis

Shamsul Bahrain said...

hahahaha gud luck...
zaman tori punya peralatan lah tu
nasib tak jumpa dengan ENIAC and so on, you are lucky coz ramai melayu... when i was in boston buat research di MIT, i stayed 1.5hours drive from boston, and all alone! no malay.... haiyyyaaaaa torturing.... pastu kawan dengan Yahudi lagilah hampeh