Sunday, May 9, 2010

Perkhemahan musim bunga 2010

 

Lokasi : Park Foot Caravan and Camping Park, Pooley Bridge, Penrith, Cumbria, CA10 2NA. (Lake district)

Tarikh : 7 – 9 Mei 2010

Perkhemahan pertama kali diadakan oleh orang-orang Msia di Durham.  Disertai oleh 13 keluarga berserta seorang orang bujang. 

Tempat perkhemahan kami di sebelah tasik Ullswater dan juga ladang ternakan kambing biri-biri.  Fasiliti di tempat perkhemahan adalah baik.  Ada bekalan air, elektrik dan tandas/bilik mandi yg bersih.  Cuma tandas agak jauh dari tempat kami berkhemah. Khemah kami mempunyai 2 bilik dan 1 ruang rehat.  Khemah yang cukup tinggi untuk kami berdiri.

DSC_2805 DSC_2789 DSC_2489 DSC_2649  P1110907 P1110917

Satu kumpulan telah sampai pagi dah memasang khemah.  Kami sampai disebelah petang dengan khemah yang telah siap dipasang.  Terima kasih. Sebelah malam aktiviti makan secara potluck.

Esoknya, kebanyakkan kaum bapa, pergi hiking kecuali ayah mithali yang melayan kerenah anak-anak dara nya.  Kalau tak de ayah, penat gak mak melayan diorang sorang-sorang.  Kaum ibu memasak sup untuk makan tengahari dan juga diadakan aktiviti sukaneka dan treasure hunt untuk kanak-kanak.  Sebelah petang kami menaiki bot di tasik Ullswater.  Malam pula BBQ la.

DSC_2500 DSC_2555 DSC_2523 DSC_2576 DSC_2575 DSC_2664 DSC_2706 DSC_2711 DSC_2748 DSC_2712DSC_2763 DSC_2743 

P1110946 P1110945 P1110941

Hari Ahad, kami kemas sarapan pagi, kemas khemah dan nak gi jalan-jalan.  Kami sekeluarga ke kawasan sekitar Tasik Ullswater je.  Rakan-rakan lain ramai ke tasik Windermere pulak.

P1110960P1110961P1110972

Mula-mula kami singgah ke pameran tractor.  Ada pameran tractor club.  Kami tengok dari jauh aje.  Tak masuk sebab semua anak-anak dah tidur dalam kereta. 

DSC_2817DSC_2877DSC_2812

Kemudian ke Rheged discovery centre.  Ingatkan nak tengok movie 3D tapi anak-anak masih tidur kepenatan.  Cancel la. Irfan marah bila tengok gambar ada tempat main tu.  Ngapa mak tak kejut dia…  Nasibla… sapa suruh tidur masa gi jalan-jalan.

DSC_2823DSC_2821DSC_2818

Kemudian kami posing kat tempat yang ada tulis Lake District National Park.  Sapa yang gi Lake District tapi tak de gambar kat sini… pegi la balik ke Lake District tu.  Ambil gambar… Anak-anak masih tidur dalam kereta so gambar mak & ayah je la.

DSC_2827DSC_2831

Kemuadian kami ke Aire waterfall.  Oleh kerana waterfall tu kena jalan masuk ke dalam sikit dan anak-anak masih tidur jadi cancel la nak ke waterfall tu.  Seterusnya kami ke Glenrriding. Kampung ni dipenghujung tasik Ullswater.  Kami rehat di sini.  Ayah pun sempat melelapkan mata sekejap.

 DSC_2837DSC_2842DSC_2866 

Destinasi seterusnya Penrith Castle and Garden.  Iffah Izzah tidur.  Just bawa Irfan je posing.

DSC_2882DSC_2884DSC_2887 DSC_2893 DSC_2897DSC_2891

Kemudian pulanglah kami ke Bowburn.  Seronok bercamping cuma yang tak seronok ialah tidur dalam kesejukkan.  Lain kali nak gi lagi.

2 comments:

sutera maya design said...

slm...
pls visit ,y blog for batik sutera.
www.suteramayadesign@blogspot.com
tq...

Unknown said...

Salam Perkenalan Zarina

Cantiknya...alam ciptaan Allah!Teringin nak jejakkan kaki kat sana!