Friday, April 30, 2010

Hujan ais batu

 

Baru sebentar tadi hujan ais batu mambasahi bumi Durham.  Suhu sekitar 12’C dikira agak panas di bumi UK ini.  Kalau berdiri dalam hujan ini bagai rasa dibaling batu sahaja.  “Hujan batu di negara orang”.  Tapi ais batu tersebut tak kekal lama.  Tak sampai pun 5 minit ianya mencair.

 DSC_2262DSC_2264DSC_2268   DSC_2270

Thursday, April 22, 2010

1st year PhD viva (peperiksaan lisan)

Dalam blog selalunya I cerita yang baik-baik dan yang best-best je. Terutamanya untuk tatapan orang-orang di Malaysia. Sebenarnya tak suka untuk menceritakan perkara-perkara yang tak best. Tapi kali ni nak cerita yang tak best dan yang best.

Yang tak best adalah mengenai PhD. Yang best mestila bab jalan-jalan kan. Sebenarnya setelah 1 tahun buat PhD, kami dikehendaki membuat 'transfer report'. Iaitu laporan mengenai apa yang dah dibuat selama 1 tahun dan juga ianya menentukan samada boleh menyambung terus PhD atau tidak.

I register Jan 2009. Maka report mula di tulis pada Disember 2009. My supervisor (SV) cakap 1 bulan cukup untuk buat report. Draf separuh report dihantar kepada SV setelah sebulan. Dan sepenuhnya seminggu kemudian. SV kata report tak mencapai tahap untuk buat PhD. Dan dia takkan hantar pada examiner untuk baca sebab memang kualiti terlalu rendah. Dia suruh I bincang dengan suami untuk stop je buat PhD. Dia suruh I buat report untuk dapatkan Msc or MPhil je. Masalah nye dia tak guide pun cam ne nak buat report yang mencapai tahap PhD tetapi terus kata tak capai tahap.

Perbincangan seterusnya dengan SV ke 2. Dia tanya apa target I, mestila I cakap PhD. I dah ada Msc. Nak buat apa Msc bebanyak. MPhil lak tak laku kat Msia. 2nd SV bincang semula dan tengok report I. Then dia guide apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah. Dia guide macam mana nak buat analisis data dan sebagai. Alhamdulillah 2nd SV banyak membantu. Setelah hampir 4 bulan buat correction dan analisis tetiba je 1st SV suruh tukar struktur report tu. Almost 80 %. Dulu dia yang dah prove kan struktur tu then suruh tukar sebab dia kata supaya lebih clear. 2nd SV kata dah ok je struktur tu. Ubah je la. Buat correction lagi dan lagi. Akhirnya setelah 5 bulan siapla report tu.

Report tu kemudiannya akan nilai oleh 2 orang examiner bagi menentukan boleh teruskan PhD atau tidak. Setelah report di print, I terselisih dengan salah sorang examiner. Dia tanya dah siap ke report? I kata dah & nak bind je. OK dia kata lepas bind, hantar kat dia dan esok kul 3 ptg oral examination. Haa.... nak gugur rasa jantung. Kaki terus rasa lemah. Dia kata tak de apa pun, just discussion. Bayangkan masa tu pukul 1 petang. I ada 26 jam je lagi. Biasanya oral examination ni, tarikhnya dah tau awal-awal supaya boleh dibuat persediaan. Ni 26 jam je. 26 jam tu termasuklah nak study, makan, masak, layan anak-anak & suami, sapu sampah, tido dll.

Nak study pun dah tak berapa boleh nak masuk sebab dah gabra. Cramp rasa otak. Tapi terpaksa diteruskan. Dah bincang dengan suami in case dia kata fail, so apa yang nak di buat. Nak minta diadakan oral semula sebab tak fair dari segi masa. Tapi cuba la dulu. Telefon mak ayah minta tolong doakan. Minta anak-anak doakan mak. Irfan doakan mak lulus periksa. Iffah & Izzah juga.

Oral jam 3 ptg dan habis jam 4.30 ptg. Pelbagai soalan ditanya. Amatlah terperinci dan banyak. Setiap satu hasil ekperimen dikaji dengan teliti oleh pemeriksa. Dipertikaikan keputusan yang diperolehi dan perlu dijawap dengan jelas dan betul. Memang dah macam viva Phd yang sebenarnya. Alhamdulillah, pemeriksa-pemeriksa berpuashati dengan laporan dan juga jawapan yang I berikan. 1st SV macam tak percaya je. Dia ingat I perlu re-write semula report. Tapi pemeriksa tanda kat bahagian ' Can continue PhD'.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. terima kasih untuk semua yang telah mendoakan terutama suami, mak ayah, anak-anak, adik beradik dan juga rakan-rakan.

Perjuangan akan diteruskan....



Sunday, April 18, 2010

Daffodils & keluarga

 

Lokasi : Student Car Park, Durham University

DSC_2089 DSC_2090 DSC_2120

DSC_2117 DSC_2111DSC_2107

Lokasi : Wharton Park, Durham

DSC_2191 DSC_2143 DSC_2170 DSC_2161DSC_2139 DSC_2182

Lokasi : Sherburn Hospital

DSC_2243DSC_2220DSC_2221DSC_2236DSC_2234DSC_2240DSC_2222DSC_2241DSC_2237

 P1110819 P1110817

 

Friday, April 16, 2010

‘Saya mengundi buruh’

 

Ayah dan anak-anak bermain basikal di hadapan rumah.

P1110765 

Tetiba datang sekumpulan orang Inggeris.  Rupanya mereka sedang berkempen untuk Election UK pada 6 Mei nanti.  Mereka dari parti Labour.  Dapatla budak-budak ni sticker ‘I’m voting labour’.  Siap tanya adakah akan mengundi parti Labour.  Mereka juga cerita apa yang parti Labour dah buat.  Hehe… daftar pun belum lagi.  Isnin ni mesti daftar.  Teruja juga untuk mengundi di negara orang ni.  Nak mengundi sapa belum tau lagi.  Tunggu parti lain berkempen lak.

P1110770P1110768P1110769

Daffodil & Sakura

Kembangnya bunga daffodil & sakura bermakna telah bermula lah musim bunga di UK. Bunga, bunga, bunga. Posing-posing bunga je lepas ni...




Friday, April 9, 2010

Warga baru Bowburn

Hari ni ketibaan warga baru Bowburn, Hajah Mas Nooraini & Haji Rosli sekeluarga dari Brunei. Bermalam di rumah kami 1 malam dan sekarang tinggal di Steavenson St. Selamat Datang.


Wednesday, April 7, 2010

Iffah @ 3

DSC_1729

Hari ni birhday Iffah yang ke 3.  Mak tak pernah buat b’day party utk Iffah.  Asyik b’day Irfan & Izzah je.  Selalunya masa b’day Iffah ni, mak ayah agak sibuk.  Walaupun kali ni sibuk juga, mak buat juga.  Iffah tak minta pun sebab dia pun tak reti nak minta pun lagi.  Tapi Irfan yang minta buat b’day party utk Iffah dan panggil kawan-kawan datang makan kat rumah.  Ok la, mak buat la.

Malam sebelum b’day, mak tanya Iffah nak pakai baju mana? Mak nak suruh dia pakai gaun.  Tapi dia nak pakai baju yang ada hair bend tu.  Baju tu, mak dah lama beli tapi tak pakai lagi.  Memang simpan untuk kalau nak gi jalan-jalan ke.  Lain nampak muka Iffah bila pakai hair bend tu.

Pagi-pagi lagi mak dah bangun untuk buat kek b’day.  Tapiiii….  Irfan pulak yang sungguh excited tu.. telah mengejutkan semua adik-adiknya.  Masa tu dalam pukul 6.45 pagi…  susahla nak buat kerja kalau semua dah bangun… Kemudian ayah pulak pergi school.  Masak sambil berperangla dengan budak-budak ni.  Mak buat kek marble, dadih purple & bihun singapore.

Iffah tak sabar-sabar nak pakai baju baru.  3 jam sebelum majlis, dah nak tukar baju.  Ok la.. tukarla.  Tapi 10 minit sebelum majlis bermula, Iffah & Izzah yang terlalu ngantuk sangat tu sudah tertidur.  Hayoooo… b’day girl dah tidur.  terpaksala majlis bermula lambat setgh jam.  Kasi dia tidur kejap.

DSC_1748 DSC_1752 

DSC_1792  DSC_1802

Masa nak potong kek tu, Iffah tak mau pun pandang kamera & potong kek.  Masih ngantuk dan terkejut tengok orang ramai kat rumah.  Kebetulan 2 hari sebelum tu b’day Athirah, jiran sebelah.  Jadi mak letak la nama Athirah sekali.  So Athirah la yang potong kek.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang & kasi buah tangan.  Doakan Iffah menjadi anak yang solehah.

DSC_1847DSC_1813DSC_1877DSC_1937

DSC_1803  P1110612

Monday, April 5, 2010

3I

DSC_1515

Irfan dapat ‘Gold Medal’ kerana siapkan homework.

 

DSC_0789

Iffah pandai bergaya dengan pelbagai aksi.

 

DSC_1513

Izzah dah pandai naik dan duduk di kerusi sendiri.  Tarik selimut Ben 10 abg Irfan dan makan keropok.