Hari ni birhday Iffah yang ke 3. Mak tak pernah buat b’day party utk Iffah. Asyik b’day Irfan & Izzah je. Selalunya masa b’day Iffah ni, mak ayah agak sibuk. Walaupun kali ni sibuk juga, mak buat juga. Iffah tak minta pun sebab dia pun tak reti nak minta pun lagi. Tapi Irfan yang minta buat b’day party utk Iffah dan panggil kawan-kawan datang makan kat rumah. Ok la, mak buat la.
Malam sebelum b’day, mak tanya Iffah nak pakai baju mana? Mak nak suruh dia pakai gaun. Tapi dia nak pakai baju yang ada hair bend tu. Baju tu, mak dah lama beli tapi tak pakai lagi. Memang simpan untuk kalau nak gi jalan-jalan ke. Lain nampak muka Iffah bila pakai hair bend tu.
Pagi-pagi lagi mak dah bangun untuk buat kek b’day. Tapiiii…. Irfan pulak yang sungguh excited tu.. telah mengejutkan semua adik-adiknya. Masa tu dalam pukul 6.45 pagi… susahla nak buat kerja kalau semua dah bangun… Kemudian ayah pulak pergi school. Masak sambil berperangla dengan budak-budak ni. Mak buat kek marble, dadih purple & bihun singapore.
Iffah tak sabar-sabar nak pakai baju baru. 3 jam sebelum majlis, dah nak tukar baju. Ok la.. tukarla. Tapi 10 minit sebelum majlis bermula, Iffah & Izzah yang terlalu ngantuk sangat tu sudah tertidur. Hayoooo… b’day girl dah tidur. terpaksala majlis bermula lambat setgh jam. Kasi dia tidur kejap.
Masa nak potong kek tu, Iffah tak mau pun pandang kamera & potong kek. Masih ngantuk dan terkejut tengok orang ramai kat rumah. Kebetulan 2 hari sebelum tu b’day Athirah, jiran sebelah. Jadi mak letak la nama Athirah sekali. So Athirah la yang potong kek.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang datang & kasi buah tangan. Doakan Iffah menjadi anak yang solehah.
2 comments:
Salam Iffah
selamat hari lahir ke 3 ya Iffah
comel Iffah
moga jadi anak yang mengembirakan ibu dan ayah dunia akhirat.
Terima kasih.. (jawab bg pihak Iffah)
Post a Comment