Monday, January 26, 2009

Sekolah




26 Jan 2009 (Isnin)

Irfan start sekolah hari ni. Head teacher kata nak datang half day je ke? Kami kata tak pe full day. irfan dah biasa sekolah. Lagi pun kami ada induction course. Irfan balik hari ni pun minta Hilmi tolong ambikkan. Waktu sekolah dari jam 9.00 pg - 3 ptg. Bawa bekal ke sekolah untuk lunch. Baju sekolah dia dalam T-shirt colar warna putih then pakai jumper warna merah. Seluar warna hitam atau kelabu. Kat UK ni jumper sekolah ikut sekolah masing-masing. Ada pelbagai warna. Nama sekolahnya Bowburn Infant and Nursery School. Irfan masuk Year 1 (Umur 6 tahun). Sekolah ni dari umur 3 tahun hingga 7 tahun sahaja (year 2). Bila Year 3 tukar sekolah lain. Junior school.

Saturday, January 17, 2009

Berlepas & transit

Akhirnya kami sekeluarga termasuk cu berlepas dari KLIA pada 17 Jan 2009 jam 12.30 pagi. Terima kasih kepada semua yang telah menghantar kami.

First time masuk balai berlepas. Selalu hantar orang dan bye-bye je. Rupanya jauh juga nak menyampaikan ke tempat kapal terbang tu. Irfan dan meragam. Penat tak larat nak jalan. Kami pun penat gak. Aku mendokong Izzah. Abang mendokong Izzah + bawa beg lagi. Cu pun sama gak.

Bila dah naik flight, alhamdulillah tak de masalah. Flight pun tak delay. Selesa.. boleh la..cuma kecik la sikit bangku tu... kelas ekonomi...

Transit kat Dubai 4 jam ok je. Tak de la rasa lama sangat. Sempat solat subuh. Irfan je meragam sikit. Penat. Tak berapa tido dlm flight. Dok main game.

Gambar kat KLIA




Gambar masa transit



Hand luggage



Dalam flight

Sampai

17 Jan 2009 (Sabtu)

Setelah 14 jam penerbangan + 4 jam transit, akhirnya kami tiba di Newcastle airport lebih kurang jam 11.30 pg waktu UK. Check out semua ok. Beg tak kena check pun. Cuba roda beg ada yang patah n periuk nasi kemek sikit. Menunggu di airport Hilmi, Amir dan Yusran. Suhu 3 darjah celsius. Sejukkkkk...

Sampai rumah Hilmi terus dijamu nasi beriani. Sedap Ros masak. Makan je la. Rehat jap dah dekat waktu asar. Cepatnya. Rupanya Asar jam 1.00 lebih. Patutla. Kami jamak je.

Lepas solat kami gi tengok rumah dan jumpa Stephen (landlord). Rumah ok. Besar dan cantik la juga. Rumah 2 tingkat. 3 bilik, 2 stor dan 1 bilik mandi/tandas. Lepas tengok rumah balik semula ke rumah Hilmi. Cadangnya nak pindah esok je.

Lepas maghrib jam 4.00 lebih, aku dan abg dibawa oleh Hilmi n Yusran ke Tesco untuk beli barang2 keperluan rumah sikit. Then balik ke rumah Hilmi untuk makan malan n tidur.





18 Jan 2009 (Ahad)


Sejuknya. Malam tadi banyak kali terjaga. Anak2 cam tu gak. Mind masih kat Malaysia. Malaysia dah siang. Sini malam lagi.

Pagi tu kami ke car boot Stanley. Blur je. Irfan dapat 1 kereta bomba, aku dpt 1 jaket kulit (50p). 1 sarung duvet (2pound) dan mangkuk pyrex (1.5 pound).

Petang ni kami pindah ke rumah baru kami. 21, Steavenson Street, Bowburn, Durham, DH6 5AZ, UK. Ros kasi sikit stok makanan-ayam, sotong, udang. Hanira kasi beras, sardin.




19 Jan 2009

(Isnin)

Pagi-pagi lagi Zakariyya dah ketuk pintu kasi nasi beriani kambing. Alhamdulillah dan terima kasih. Dia tanya apa yang tak de lagi. Kami kata kettle. Dia balik rumah dan datang balik kasi kami kettle. Ni dia bagi terus. Terima kasih banyak-banyak.

Kak Wan, Kak Zu dan Kak Ayu datang. Kak Zu kasi donat. Abg pergi bank dengan Amir.

2 ptg, kami ke Ustinov College untuk register. Amir yang bawa. takboleh register. Dia kata borang online aku tak complete dan abg tak reply kata accept offer. Kami balik dan singgah rumah Kak Ayu pinjam internet untuk complete kan borang. Ada yg confuse, so ke rumah zakariyya pulak.

Malam: Kami ke rumah Kak Wan. Jemputan makan malam.

Ni gambar rumah kami. Teres 2 tingkat, 3 bilik.






Malam pertama di rumah baru



20 Jan 2009 (Selasa)


Zakariyya ajar kami naik bas. Kami ke college semula. Aku dah dapat register dan buat kad. Abg kena tunggu lagi. Then dia ajar kami jalan-jalan bandar Durham. Kami shopping la sikit apa patut.

Balik tu rasa penat sangat. Maklumlah lama tak jalan. mendaki pulak nak ke bandar Durham tu. Cramp rasa kaki.

Zul Hassan ajak kami ke Newcastle tapi sebab nak gi register tadi so tak pegi la. Just kirim dia je barang.

Gambar di bandar Durham





21 Jan 2009 (Rabu)



Hari ni register klinik. Just isi borang je dulu. nanti diorang contact.

Then, aku & Fidah gi tesco dengan Kak Ayu & Fandi.



22 Jan 2009 (Khamis)

Pergi ke sekolah dengan Ros & Hilmi untuk register Irfan. Head teacher tak de so kasi nama je dulu. Then kami ke Newcastle untuk beli barang dapur.

Petang, kami ikut Hilmi ke tempat kerja. Sementara dia kerja, kami gi Saninsbury, Asda & Comet. Beli barang sikit.


23 Jan 2009 (Jumaat)


Daftar Sekolah then I dan Ros ke Matalan untuk cari baju sekolah dan Home bargain beli lunch box sementara abg & Hilmi ke masjid. Lepas solat, abg ke school untuk register semula.


24 Jan 2009 (Sabtu)

Dah seminggu kami di Durham. Kami, Asmadi dan Hilmi gi jalan-jalan cari kereta. Tak dpt gak....




Thursday, January 15, 2009

Sebelum

Sebenarnya kami sekeluarga kini di UK. Aku dan suami sambung belajar. Yang lama tak update blog ni sebab tu la. Sebenarnya banyak dugaan dihadapi sebelum dapat sambung belajar ni. Tak larat nak cerita. Pesanan dari sahabat, 'nak minta apa-apa, minta dari Allah. Manusia tu hanya perantaraannya. Bukan manusia yang menentukannya'.

Suami pun sampai dah kata, kita buat kat 'local' je la. Memang hampir-hampir putus asa. Tapi mengenangkan dah penat-penat pergi BTN masa sarat mengandung (7 bulan). Ambil IELTS 2 kali sebab supervisor nak 6.5 with no item below 6. 1st ambil masa sebulan sebelum bersalin dan yang ke 2 masa 3 minggu lepas bersalin (dalam pantang lagi). K.ena usaha gak bagi dapat gi.

Terima kasih kepada yang telah mendoakan kami terutama mak dan ayah. Dan juga anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.