Setelah 14 jam penerbangan + 4 jam transit, akhirnya kami tiba di Newcastle airport lebih kurang jam 11.30 pg waktu UK. Check out semua ok. Beg tak kena check pun. Cuba roda beg ada yang patah n periuk nasi kemek sikit. Menunggu di airport Hilmi, Amir dan Yusran. Suhu 3 darjah celsius. Sejukkkkk...
Sampai rumah Hilmi terus dijamu nasi beriani. Sedap Ros masak. Makan je la. Rehat jap dah dekat waktu asar. Cepatnya. Rupanya Asar jam 1.00 lebih. Patutla. Kami jamak je.
Lepas solat kami gi tengok rumah dan jumpa Stephen (landlord). Rumah ok. Besar dan cantik la juga. Rumah 2 tingkat. 3 bilik, 2 stor dan 1 bilik mandi/tandas. Lepas tengok rumah balik semula ke rumah Hilmi. Cadangnya nak pindah esok je.
Lepas maghrib jam 4.00 lebih, aku dan abg dibawa oleh Hilmi n Yusran ke Tesco untuk beli barang2 keperluan rumah sikit. Then balik ke rumah Hilmi untuk makan malan n tidur.
18 Jan 2009 (Ahad)
Sejuknya. Malam tadi banyak kali terjaga. Anak2 cam tu gak. Mind masih kat Malaysia. Malaysia dah siang. Sini malam lagi.
Pagi tu kami ke car boot Stanley. Blur je. Irfan dapat 1 kereta bomba, aku dpt 1 jaket kulit (50p). 1 sarung duvet (2pound) dan mangkuk pyrex (1.5 pound).
Petang ni kami pindah ke rumah baru kami. 21, Steavenson Street, Bowburn, Durham, DH6 5AZ, UK. Ros kasi sikit stok makanan-ayam, sotong, udang. Hanira kasi beras, sardin.
19 Jan 2009
Pagi-pagi lagi Zakariyya dah ketuk pintu kasi nasi beriani kambing. Alhamdulillah dan terima kasih. Dia tanya apa yang tak de lagi. Kami kata kettle. Dia balik rumah dan datang balik kasi kami kettle. Ni dia bagi terus. Terima kasih banyak-banyak.
Kak Wan, Kak Zu dan Kak Ayu datang. Kak Zu kasi donat. Abg pergi bank dengan Amir.
2 ptg, kami ke Ustinov College untuk register. Amir yang bawa. takboleh register. Dia kata borang online aku tak complete dan abg tak reply kata accept offer. Kami balik dan singgah rumah Kak Ayu pinjam internet untuk complete kan borang. Ada yg confuse, so ke rumah zakariyya pulak.
Malam: Kami ke rumah Kak Wan. Jemputan makan malam.
Ni gambar rumah kami. Teres 2 tingkat, 3 bilik.
Malam pertama di rumah baru
20 Jan 2009 (Selasa)
Zakariyya ajar kami naik bas. Kami ke college semula. Aku dah dapat register dan buat kad. Abg kena tunggu lagi. Then dia ajar kami jalan-jalan bandar Durham. Kami shopping la sikit apa patut.
Balik tu rasa penat sangat. Maklumlah lama tak jalan. mendaki pulak nak ke bandar Durham tu. Cramp rasa kaki.
Zul Hassan ajak kami ke Newcastle tapi sebab nak gi register tadi so tak pegi la. Just kirim dia je barang.
Gambar di bandar Durham
21 Jan 2009 (Rabu)
Hari ni register klinik. Just isi borang je dulu. nanti diorang contact.
Then, aku & Fidah gi tesco dengan Kak Ayu & Fandi.
22 Jan 2009 (Khamis)
Pergi ke sekolah dengan Ros & Hilmi untuk register Irfan. Head teacher tak de so kasi nama je dulu. Then kami ke Newcastle untuk beli barang dapur.
Petang, kami ikut Hilmi ke tempat kerja. Sementara dia kerja, kami gi Saninsbury, Asda & Comet. Beli barang sikit.
23 Jan 2009 (Jumaat)
Daftar Sekolah then I dan Ros ke Matalan untuk cari baju sekolah dan Home bargain beli lunch box sementara abg & Hilmi ke masjid. Lepas solat, abg ke school untuk register semula.
24 Jan 2009 (Sabtu)
Dah seminggu kami di Durham. Kami, Asmadi dan Hilmi gi jalan-jalan cari kereta. Tak dpt gak....
No comments:
Post a Comment