Friday, December 19, 2008

Persiapan

Kami dapat tawaran akhirnya bertarikh 18 Disember 2008. Ada sedikit kelegaan tapi macam-macam boleh jadi. Selepas itu mula lah episod 'kejar-mengejar' . Persiapan untuk apa yang ditinggalkan dan untuk apa yang nak di bawa. Bulan 12 biasala...banyak cuti. So banyak perkara diluar kawalan kami seperti cuti , kursus dan berurusan dengan orang. Yang berkaitan dengan kami sekeluarga, kami uruskan secepat mungkin. Yang lain kena tunggu.

Dugaan nak pergi ni macam-macam. Mak sakit. Ayah sakit dan operation. Berat juga rasanya hati nak meninggalkan mak ayah yang sakit. Kuatkan semangat, segerakan urusan perubatan mak ayah. Doa semoga mak ayah sihat. Alhamdulillah, ayah selamat operation sehari sebelum fly. Mak pula beransur sihat setelah hampir 3 bulan tak boleh bangun dan berjalan dengan baik.

Kehulu-kehilir hari-hari. Flight di tempah pada 17 jan 2009 jam 12.30 mlm. Semuanya kena di settlekan dalam masa sebulam. Rumah perlu di kemas. Bilik di opis kena di kemas. Segala urusan bank, visa, passport, lesen, income tax. Termasuklah barang-barang yang nak dibawa. Kain baju untuk winter sebab sampai masa winter. Makanan, ubat dan susu untuk anak-anak. All outtttt......

Sedikit gambar rumah. Abang solat sebelum meninggalkan rumah. Dan juga gambar dengan Mak Mala (Pengasuh Irfan, Iffah dan Izzah) sebelum bertolak ke Bangi sehari sebelum fly.

Sunday, December 14, 2008

Kenduri

Kenduri kat rumah kami buat pertama kalinya pada 14 Disember 2008. Selepas setahun lebih pindah. Kenduri ni sempena :

1. Masuk rumah baru
2. Keluar rumah (sambung belajar)
3. Aqiqah Nur Izzah Izma

Tapi kami bagitau orang kenduri aqiqah Izzah je sebab masa tu tak dapat offer letter lagi. Tak pasti dapat ke tak sambung belajar.

Menu : Nasi putih, kambing biri-biri masak beriani, Ayam masak merah, Masak lemak pisang, ikan masin & sambal belacan, bubur kacang, kuih dan air sirap.

Komen tetamu: ...sodapppp.

Antara yang hadir Abang sekeluarga, Ayah. Mak tak datang sebab tak sihat, Mak Lang sekeluarga, Mak Pdg Luas, Kak Lang sekeluarga, Na sekeluarga, Anjang & Ngah.
Kawan-kawan lak : Alang, Mar, Farid, Shakir, An, Azlina.
Dan juga jiran tetangga.

Thanks a lot buat yang banyak menolong : Ayah, Fidah, Mak Mala, Nyah, Kak Kusina sekeluarga, Mak dan adik beradik Pdg Luas dll.

Tak banyak gambar sangat sebab tuan rumah sibuk. Lupa nak nak gambar.

Wednesday, December 10, 2008

Blog semula

Setelah lama tak mem'blog', kini baru nak mem'blog'. Nak kata sibuk. Sibuk la juga. Kerja sampai bila pun tak habis. Tapi yang pastinya tak de mood.

Sekarang ni nak tampal dulu mana masakan yang aku masak yang sempat diambil gambar. Dari kiri ke kanan, atas ke bawah.

Apam eno, Apam ros mekar, sosej roll, nasi beriani, kek sandwich (strawberry jam filling), kek sandwich (strawberry and blackberry jam filling).

Monday, October 20, 2008

Housekeeping



Weekend lepas, buat housekeeping kat rumah. maklumlah hari biasa rumah tu asal boleh je. Weekend la baru nak nampak kemas sikit. Tu pun tak lama. Kejap je dah berterabur.

Hari Sabtu masak spegetti je. Tghari gi makan Pizza sbb dah janji dgn anak nak bawa gi makan Pizza lepas dia abih periksa. Hari Ahad lak breakfast dgn Roti John.. silap.. Roti Mak la sbb mak yg masak. Tghari tu masak nasi beriani ikut resepi Beriani Faiza. Dlm resepi tu letak jus oren tapi tak de. Yg ada just Jus Mangga. Hantam je la.

Dan juga masak Ayam Tumis Kurma. Macam masak Ayam masak merah tapi ayam tu tak di goreng. Yg specialnya letak buah kurma. Byk la kurma masa puasa hari tu. Anak kata sedap. Ayahnya mcm biasa, tak komen pun. makan je....


Wednesday, October 15, 2008

Jamuan Raya



Hari ni Jamuan Raya peringkat Universiti. Setiap PTJ kena sediakan juadah untuk berkongsi bersama. Menu kami Mee Rebus Utara. Petang semalam I dah bertugas bagi aktiviti memotong dan menyediakan barang untuk memasak. Yg masaknya group yg bertugas mlm tadi dan hari ni kami nak makan je.

Thursday, October 9, 2008

At last

At last, I melapangkan masa utk menulis dlm blog ni. Blog ni suami I yg buatkan. Sbbnya I ni suka baca blog org lain tapi tak de blog sendiri. So dia buatkan. I sebenarnya malas nak study macam mana nak buat blog. Walaupun Itau tak de la susah tapi entah la. Tapi kali ni terasa lapang sikit. So I cuba la tulis walaupun I dah tak berapa ingat macam mana nak post. Suami dah ajar tapi masuk telinga kanan keluar kiri je.

Whatever yang ada sebelum ni. Tu suami I yg tulis tu.

Wednesday, February 20, 2008

Hello World

Hari pertama memblog

Salam buat semua. laman blog ini baru dibuat semua kerna yang laman tak boleh nak masuk. Laman ini dibuat untuk saya berkongsi ilmu & pandangan dalam alam siber. sekiranya tersalah tulis itu hanyalah kebetulan bukan untuk mengata mana-mana pihak/orang. Harap maklum.