Friday, December 19, 2008

Persiapan

Kami dapat tawaran akhirnya bertarikh 18 Disember 2008. Ada sedikit kelegaan tapi macam-macam boleh jadi. Selepas itu mula lah episod 'kejar-mengejar' . Persiapan untuk apa yang ditinggalkan dan untuk apa yang nak di bawa. Bulan 12 biasala...banyak cuti. So banyak perkara diluar kawalan kami seperti cuti , kursus dan berurusan dengan orang. Yang berkaitan dengan kami sekeluarga, kami uruskan secepat mungkin. Yang lain kena tunggu.

Dugaan nak pergi ni macam-macam. Mak sakit. Ayah sakit dan operation. Berat juga rasanya hati nak meninggalkan mak ayah yang sakit. Kuatkan semangat, segerakan urusan perubatan mak ayah. Doa semoga mak ayah sihat. Alhamdulillah, ayah selamat operation sehari sebelum fly. Mak pula beransur sihat setelah hampir 3 bulan tak boleh bangun dan berjalan dengan baik.

Kehulu-kehilir hari-hari. Flight di tempah pada 17 jan 2009 jam 12.30 mlm. Semuanya kena di settlekan dalam masa sebulam. Rumah perlu di kemas. Bilik di opis kena di kemas. Segala urusan bank, visa, passport, lesen, income tax. Termasuklah barang-barang yang nak dibawa. Kain baju untuk winter sebab sampai masa winter. Makanan, ubat dan susu untuk anak-anak. All outtttt......

Sedikit gambar rumah. Abang solat sebelum meninggalkan rumah. Dan juga gambar dengan Mak Mala (Pengasuh Irfan, Iffah dan Izzah) sebelum bertolak ke Bangi sehari sebelum fly.

No comments: