30 Mac 2009
Tujuan utama kami datang ke sini adalah untuk menuntut ilmu baru di sebelah barat bumi milik Allah ini. Ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Ilmu dunia terutamanya PhD kami la. Ilmu-ilmu lain seperti berkomunikasi dengan manusia pelbagai bangsa dan juga temperature. Sejukkkk....
Dan juga ilmu akhirat. Kat sini ada la juga gi usrah dan juga kuliah hadis. Kebetulan kat sini ramai Ustaz dan Ustazah.
Suhu yang sejuk ni begitu menggoda mata untuk tidur je... Siang dah tak boleh study. Dok melayan anak-anak. Malam bila anak-anak dah tidur, kita pun rasa ngantuk juga. Camne nak study ni. Kat m'sia dulu, alasan panas.. tak consentrate nak study. Sini pulak.. sejukkk... alasannnnn...
Cabaran cuaca memang hebat. kami berdua sedang sakit lutut. Cuaca sejuk + rumah bertangga + kaw Durham yang berbukit + dah lama tak berjalan jauh. kami solat duduk je skrg.
Begitu juga cabaran dengan anak-anak. Buku kena koyak & conteng tu memang dah kena. Buku library pulak tu. Kalau dok depan komputer ni yang nak menaip sama pun sudah pasti. Tu belum yang masuk bawah meja. Ni la cabaran menuntut ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alasan alasan alasan
Post a Comment