22 Mac 2009
Hari ni sambutan Mother's day di UK. Hari ni sepatutnya mak boleh rehat je. Goyang kaki. Ayah & anak-anak masak. Yor la tu. Alamat makan maggi je la. Sempena mother's day ni, mak buat la pulut yang diperkenalkan oleh mak saya la(opah). Dulu masa sekolah mak selalu bekalkan pulut ni dah siap gaul dengan kelapa parut dan ikan masin. Buat bulat-bulat macam bola. selalunya tak cukup sebab kawan-kawan sekolah selalu tumpang sekaki.
Pulut sepatutnya warna putih tapi disebabkan Irfan tak suka yang warna putih sebab dia kata tak sedap. So terpaksa la buat warna kuning gak. kuning lebih sedap katanya. entahla.. taruk kunyit serbuk je pun. Buat sikit sambal ikan bilis sebabnya orang Pahang tu... mak dia buat pulut lemak makan dengan sambal ikan bilis. ni pulut biasa je bukan pulut lemak. Makan dengan kelapa parut tu jadi lemak la.
Masa nak ambil gambar ni Iffah tak asyik nak meratah kelapa parut tu. lama tak jumpa kut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment